+603 2603 7700
EN BM

Produk Pembiayaan SME


Aliran Tunai-i

Sebuah kemudahan pembiayaan jangka pendek berlandaskan Syariah untuk membiayai keperluan modal kerja secara pusingan tanpa akaun semasa.

Kredit Pusingan-i

Kemudahan pembiayaan jangka pendek berlandaskan Syariah kepada syarikat untuk keperluan modal kerja dan/atau bagi tujuan pesanan pembelian (pra) dan pembiayaan invois (pasca).

Pembiayaan Komoditi Murabahah Berjangka-i (CMTF-i)

CMTF-i adalah pembiayaan berjangka berlandaskan Syariah untuk tujuan pembelian aset tetap dan/ atau modal kerja dan dikira berdasarkan kadar tetap atau rata atau berubah.

Pembiayaan Ijarah Thummal Bai’ (ITB)

ITB adalah kemudahan pembiayaan di mana Bank (pemberi penyewaan) menyewakan aset yang dikenal pasti kepada pelanggan (penerima penyewaan). Pelanggan akan menggunakan aset untuk menjalankan perniagaan mereka dan menjana jualan. Pada akhir tempoh penyewaan, pelanggan akan membeli aset daripada Bank .

Jaminan Bank Kafalah (KBG)

Ia adalah jaminan yang dikeluarkan oleh Bank kepada Benefisiari (pemberi kontrak/pihak ketiga) di mana Bank memberi jaminan untuk membayar kepada Benefisiari jumlah yang dipersetujui jika Pelanggan ingkar dalam memenuhi tanggungjawab dengan Benefisiari.