Pertandingan Sandbox SME Bank 2023
Pertandingan Sandbox SME Bank 2023
Pertandingan Sandbox SME Bank 2023 adalah peluang untuk mengenal pasti idea perniagaan inovatif yang mempunyai impak sebenar kepada persekitaran, sosial dan ekonomi.
Ia adalah peluang bagi usahawan dan inovator untuk mempamerkan kreativiti mereka dalam mencipta penyelesaian yang unik kepada cabaran dunia hari ini. Peserta akan diminta untuk membentangkan idea perniagaan mereka yang seterusnya akan dinilai oleh panel pakar.
Idea yang terbaik akan menerima pengiktirafan dan berpotensi untuk dilaksanakan di dunia nyata dan membawa perubahan positif dalam kehidupan semua.
Tema Utama & Isu
Pertandingan ini memerlukan peserta menghantar idea/model perniagaan yang berkaitan dengan SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Mampan, yang memfokuskan kepada masalah di Malaysia dalam bidang seperti tetapi tidak terhad kepada, Pertanian, Pengeluaran Makanan Mampan, Kitar Semula Makanan, Pembaziran Makanan, Kesihatan dan Keselamatan, Tenaga Boleh Diperbaharui (Alternatif), Penggunaan Tenaga Mampan, Pelancongan Mampan, Digitalisasi & IT Inklusi Sosial dan Kewangan.
7 Tema SDG-12 adalah:
12.2 | Pengurusan mampan dan penggunaan sumber semula jadi secara efektif. |
12.3 | Mengurangkan sisa makanan global per kapita di peringkat runcit dan pengguna serta mengurangkan kerugian makanan sepanjang rantaian pengeluaran dan bekalan, termasuk kerugian selepas tuaian. |
12.4 | Mencapai pengurusan bahan kimia dan semua bahan buangan yang mesra alam sepanjang kitaran hayatnya, mengikut rangka kerja antarabangsa yang dipersetujui, dan mengurangkan secara ketara pelepasannya ke udara, air, dan tanah untuk meminimumkan kesan buruknyat terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar. |
12.5 | Mengurangkan penjanaan sisa melalui pencegahan, pengurangan, kitar semula, dan penggunaan semula. |
12.7 | Menggalakkan amalan perolehan awam yang mampan, selaras dengan dasar dan keutamaan negara. |
12.B | Membangunkan dan melaksanakan alat untuk memantau kesan pembangunan mampan untuk pelancongan mampan yang mewujudkan peluang pekerjaan dan mempromosikan budaya dan produk tempatan. |
12.C | Merasionalkan subsidi bahan api fosil yang tidak efisien bagi menggalakkan penggunaan yang membazirkan dengan menghapuskan gangguan pasaran, selaras dengan keadaan negara, termasuk dengan menstruktur semula percukaian dan menghapuskan subsidi yang memudaratkan itu secara berperingkat, di mana mereka wujud, untuk mencerminkan kesan alam sekitar mereka, mengambil kira sepenuhnya keperluan dan keadaan khusus negara membangun dan meminimumkan kemungkinan kesan buruk terhadap pembangunan mereka dengan cara yang melindungi golongan miskin dan komuniti yang terjejas. |
Terma dan Syarat
Kursus Pra E-Pembelajaran
Garis Masa Pertandingan
Seramai 40 finalis (20 pasukan dari setiap kategori) akan dipilih dan berpeluang menyertai 'SME Bank Sandbox Competition 2023'.
Borang Penyertaan dan Penyerahan Kertas Cadangan
- Dokumen yang telah diserahkan akan menjalani saringan awal berdasarkan syarat penyertaan 'SME Bank Sandbox Competition 2023'.
- Penyertaan hendaklah ditulis dalam BAHASA INGGERIS.
- Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya 3 orang ahli pasukan dan maksimum 5 orang.
- Sila lengkapkan borang untuk menyertai. Penyerahan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan diterima.
- Bahan Kursus Pra E-pembelajaran akan membantu dan membimbing anda untuk menulis kertas cadangan perniagaan yang lebih baik.
- Semua penyerahan hendaklah disertakan dengan video berdurasi maksimum 2 minit yang menerangkan idea perniagaan anda.
- Tarikh Akhir Penyerahan: 25 Jun 2023 (11:59 malam)
- Hanya 20 pasukan dari setiap kategori akan dipilih untuk ke sesi Pembentangan Akhir.
- Pengumuman finalis akan dibuat di platform media sosial kami dan penganjur akan berhubung dengan pasukan yang terpilih.
Latihan Dalam Talian Selama 3 Hari
- 40 peserta yang berjaya ke peringkat akhir akan menjalani latihan Bootcamp Dalam Talian mengenai "Memahami SCP & Model Perniagaan".
- Pasukan yang dipilih akan menerima latihan dan bimbingan yang komprehensif oleh Center of Entrepreneur Development and Research (CEDAR), anak syarikat SME Bank dalam mengembangkan idea perniagaan anda.
- Anda akan diminta untuk menyemak model perniagaan anda dan memautkannya kepada SCP. Latihan ini akan membantu anda mengembangkan/meningkatkan lagi Model Perniagaan Mampan anda sendiri. Modul latihan termasuk kuliah dan bengkel, pementoran, aktiviti pasukan, dan demo.
Pembentangan Akhir SME Bank Sandbox 2023
- Pembentangan Akhir Pertandingan SME Bank Sandbox 2023.
- Pembentangan perniagaan selama 15 minit (10 minit pembentangan dan 5 minit sesi soal jawab) bersama panel hakim yang berkelayakan.
- Semua pasukan perlu menyerahkan video berdurasi 3–5 minit yang menerangkan idea perniagaan anda.
Syarat Umum
- SME Bank dan/atau kumpulannya tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian berkaitan dengan pertandingan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
- Sebarang masalah, kehilangan atau kerosakan dalam apa jua bentuk yang dialami oleh mana-mana pihak disebabkan oleh sebarang kelewatan dan / atau kegagalan dalam menerima dan menghantar penyerahan akibat daripada sebarang ralat rangkaian, komunikasi atau sistem, gangguan dan/atau kegagalan untuk mendapat capaian internet dan/atau hasil daripada penyertaan atau muat turun mana-mana bahan dalam pertandingan.
- Sebarang masalah, perbelanjaan, kerosakan, kerugian, saman dan apa jua bentuk tuntutan terhadap mana-mana peserta yang mungkin timbul daripada atau berkaitan dengan penyertaan mereka dalam pertandingan dan/atau paparan penyertaan peserta.
- Sebarang ralat (termasuk ralat semasa pemberitahuan pemenang pertandingan), ketinggalan, gangguan, pemadaman, kerosakan, kelewatan dalam operasi atau penghantaran, kegagalan talian Internet, kecurian, pemusnahan, atau akses tanpa kebenaran kepada penyertaan, peranti yang tidak bertindak balas sama ada timbul semasa penyerahan akibat fungsi pelayan (server), virus, pepijat (bugs) atau sebab lain di luar kawalan.
- Dengan menyertai pertandingan ini, peserta hendaklah bersetuju untuk muncul dalam mana-mana bahan pemasaran dan promosi tetapi tidak terhad kepada penulisan internet, video, dan gambar yang boleh digunakan dalam pengiklanan (sebarang bentuk media) atau bahan lain oleh SME Bank, penaja dan/atau kumpulannya. Peserta tidak berhak mendapat sebarang bayaran untuk penggunaan sedemikian, atau untuk sebarang penggunaan semula; dan mengakui bahawa semua hak cipta, termasuk hak untuk mengeluarkan semula adalah milik SME Bank dan/atau kumpulannya; dan, dengan menyertai pertandingan ini, peserta hendaklah bersetuju untuk melepaskan SME Bank, penaja dan/atau ahli gabungan mereka daripada sebarang tuntutan berhubung dengan penggunaan atau penggunaan semula semua hak cipta termasuk sebarang persamaan atau imej.
- SME Bank berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana individu yang mengganggu proses pengendalian pertandingan, bertindak melanggar atau berpotensi untuk melanggar Terma dan Syarat pertandingan ini.
- SME Bank berhak untuk membatalkan, mengubahsuai, menggantung atau menangguh pertandingan sekiranya berlaku apa-apa keadaan yang di luar jangkaan.
- Dengan menyertai pertandingan ini, semua peserta dengan ini menjamin bahawa semua butiran peribadi yang diberikan adalah benar, betul dan tepat dan telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua Terma dan Syarat pertandingan.
- Dengan menyertai pertandingan ini, peserta bersetuju untuk mempertahankan, melindungi dari kerugian dan memastikan SME Bank, penaja dan/atau ahli gabungan mereka bebas daripada sebarang saman, tuntutan, kerugian, kerosakan dan perbelanjaan, termasuk yuran guaman yang mungkin berbangkit daripada atau berkaitan dengan pertandingan.
- SME Bank berhak untuk menukar, meminda, memadam atau menambah mana-mana Terma dan Syarat ini tanpa notis awal dan peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.
- Sebarang Terma dan Syarat yang digunapakai untuk pertandingan ini yang menyalahi undang-undang, dilarang atau tidak boleh dikuatkuasakan di bawah mana-mana undang-undang atau peraturan tidak akan digunapakai tanpa membatalkan syarat-syarat yang lain.
- Terma dan Syarat ini dikawal oleh dan ditafsir selaras dengan undang-undang Malaysia.
- Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi [email protected].
Sertai Sekarang
Terbuka | www.surveymonkey.com/r/SMEBankSandbox2023Open |
---|---|
Kolej & Universiti | www.surveymonkey.com/r/SMEBankSandbox2023UniversityCollege |
Hadiah
Hadiah Kemenangan | Terbuka | Kolej / Universiti |
---|---|---|
Pertama | RM50,000 | RM30,000 |
Kedua | RM30,000 | RM20,000 |
Ketiga | RM20,000 | RM10,000 |
Soalan Lazim
Bolehkah pasukan menukar komposisi ahli?
Ya, tetapi ketua pasukan harus memaklumkan maklumat terkini kepada sekretariat Pertandingan Sandbox SME Bank 2023 di ([email protected]).
Siapakah yang memiliki hak untuk idea/cadangan perniagaan?
Hak cipta adalah milik setiap pasukan. Tetapi sekretariat Pertandingan Sandbox SME Bank 2023 boleh mendapatkan kebenaran terlebih dahulu untuk penggunaan foto dan video acara tersebut untuk tujuan promosi.
Untuk sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada [email protected].