+603 2603 7700
EN BM

Program Pembangunan Kapasiti & Keupayaan Vendor (PPKV)

Program Pembangunan Kapasiti dan Keupayaan Vendor (PPKV) bertujuan untuk membantu meningkatkan kapasiti & keupayaan syarikat vendor Bumiputera agar lebih berdaya saing, mampan dan berdaya tahan.


Objektif

  • Meningkatkan kapasiti syarikat vendor Bumiputera agar lebih cekap, produktif dan didorong teknologi.

  • Melengkapkan syarikat vendor Bumiputera dengan akreditasi dan pensijilan antarabangsa untuk menembusi pasaran domestik dan antarabangsa.


Kumpulan Sasaran

  • Geran ini terbuka kepada syarikat vendor Bumiputera yang berdaftar dengan syarikat amchor di bawah Vendor Development Programme (VDP), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).

  • Dana untuk geran ini adalah sehingga 90% daripada jumlah kos atau maksimum RM200,000, mana yang terendah.


Kriteria Vendor

  • Vendor berdaftar dengan syarikat anchor di bawah VDP, MEDAC.

  • Mematuhi kriteria yang ditetapkan di bawah Garis Panduan PPV Nasional.

  • Syarikat mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk melaksanakan PPKV sehingga selesai.

  • Syarikat solven dan tiada tindakan undang-undang yang dikenakan keatas syarikat, atau pengarah/pemegang saham/rakan kongsi/pemilik/ penjamin dibawah undang-undang Malaysia.

  • Mendapat pengiktirafan / surat sokongan dari syarikat Anchor.


Ciri-Ciri Program

  • Geran sehingga RM200,000 untuk setiap vendor dengan padanan geran 90% : 10%.

  • Permohonan dibuka sehingga 31 Disember 2023 atau sehingga dana digunakan sepenuhnya (mana terdahulu).


Skop Program

  • Pembangunan kapasiti

  • Standard dan akreditasi

  • Program Pembangunan Modal Insan.

  • Pemindahan teknologi.

  • Menaik taraf sistem sedia ada dan pembelian mesin/peralatan.

*Pembiayaan program ini tidak terhad kepada tujuan di atas


Bagaimana untuk memohon

Lengkapkan Borang Permohonan di atas dan hantar beserta dokumen sokongan kepada alamat berikut:

Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad
Menara SME Bank
Customized Program, Aras 6,
P.O Box 12352
50774 Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai kami berikut:

Hubungi Kami

Untuk maklumat lanjut mengenai PPKV, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:

Yuszairi Ibrahim
03-2616 7464

Rosmah Daud
03-2616 7435

Fazliana Abd Aziz
03-2615 3860


Atau emel kepada