+603 2603 7700
EN BM
Polisi Tiada Hadiah banner
Polisi Tiada Hadiah banner

Polisi Tiada Hadiah


SME Bank mengambil pendekatan toleransi sifar terhadap rasuah dan sogokan serta komited untuk bertindak secara profesional, adil dan berintegriti dalam semua urusan perniagaan dan operasi di bawah bidang kuasanya.

SME Bank telah menetapkan Polisi Tiada Hadiah, tertakluk kepada pengecualian terhad tertentu. Lembaga Pengarah dan warga kerja SME Bank dilarang daripada menerima atau memberikan hadiah, secara langsung atau tidak langsung daripada atau kepada pelanggan dan mana-mana pihak luar untuk kepentingan peribadi atau pihak lain yang mempunyai hubugan dengan Lembaga Pengarah atau warga kerjanya.

Sekiranya keadaan memaksa atau boleh dikatakan munasabah untuk tidak menolak hadiah tersebut, ia perlulah diisytiharkan kepada Jabatan Tadbir Urus dan Integriti melalui pautan berikut ‘Borang Pengisytiharan Hadiah, Hiburan dan Hospitaliti’.