+603 2603 7700
EN BM
Ikrar Anti Rasuah dan Anti Korupsi banner
Ikrar Anti Rasuah dan Anti Korupsi banner

Ikrar Anti Rasuah dan Anti Korupsi


Penyata Dasar Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS)

Kumpulan SME Bank mengamalkan pendekatan toleransi sifar terhadap rasuah dan korupsi. Kami komited untuk mengamalkan piawaian yang tertinggi dalam etika kelakuan dan integriti dalam aktiviti perniagaan kami dengan meletakkan polisi dan prosedur yang mencukupi untuk mencegah rasuah dan korupsi.

Selaras dengan nilai teras SME Bank SMILE, kami akan:

  • Memastikan perkara yang berkaitan dengan integriti diuruskan secara bebas mengikut keperluan ABMS.

  • Membanteras rasuah dengan menolak / tidak bertolak ansur dengan sebarang bentuk rasuah dalam organisasi.

  • Berusaha untuk kepentingan bersama dalam melaksanakan tugas berpandukan kepada tatakelola dan prosedur lain yang berkaitan.

  • Menetapkan keperluan untuk mematuhi MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) dan undang-undang anti-rasuah dan korupsi yang berkenaan.

  • Mewujudkan dan terus menambah baik Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS).

  • Menggalakkan kakitangan untuk melaporkan sebarang bentuk rasuah atau korupsi melalui saluran pemberi maklumat kami dan/atau kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

  • Memastikan semua kakitangan mengetahui dan mematuhi semua polisi, prosedur dan arahan Kumpulan SME Bank dan sedar bahawa kegagalan untuk patuh boleh membawa kepada tindakan tatatertib.


Polisi Anti-Rasuah Dan Korupsi

SME Bank berikrar untuk:

  • Menegakkan semua undang-undang yang berkaitan pembanterasan rasuah dan korupsi. Kekal terikat dengan undang-undang Malaysia, termasuk tetapi tidak terhad kepada Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Pindaan 2018).

  • Garis panduan operasi Anti-Rasuah dan Korupsi akan memberi panduan kepada Lembaga Pengarah dan semua kakitangan tentang cara menangani permintaan yang tidak wajar, rasuah dan aktiviti dan isu rasuah lain yang mungkin timbul dalam perniagaan.

  • Komited dalam memerangi dan mencegah rasuah serta melaksanakan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah; dan

  • Menjalankan penilaian risiko rasuah secara berkala di seluruh perniagaannya untuk memahami risiko yang dihadapi dan memastikan semua unit perniagaan mempunyai prosedur yang mencukupi untuk menangani risiko tersebut.

Kumpulan SME Bank menyokong penuh usaha anti rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan kerajaan melalui pengukuhan tadbir urus korporatnya dan menerapkan piawaian yang tertinggi dalam amalan perniagaan yang jujur dan telus secara berterusan. Dalam memastikan perkara ini, kami sentiasa menambah baik dasar sedia ada, selaras dengan undang-undang dan peraturan Malaysia yang berkaitan. Dokumen polisi ini tertakluk kepada pengubahsuaian dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga Pengarah demi kepentingan Kumpulan SME Bank, atau mengikut keperluan undang-undang dan peraturan yang berkenaan.


Kod Tatacara Vendor

Kod Tatacara Vendor menetapkan satu set piawaian bagi perniagaan dan amalan etika, dan tingkah laku profesional yang diharapkan daripada semua vendor / kontraktor/pembekal perkhidmatan yang bekerja dengan Kumpulan SME Bank.