Polisi Pemberi Maklumat
Whistleblowing
Whistleblowing Policy
SME Bank resolves to:
Commit and ensure the highest standard of ethical, transparency, integrity, impartiality and accountability in the conduct of its affairs, business and operations.
Take appropriate action on reports which have been made in accordance to the policy and procedure.
Ensure that all actions in dealing with whistleblowing cases shall be guided by the Whistleblower Protection Act 2010 or any other act that is related to whistleblowing.
Whistleblowing Policy Statements
The Bank is committed to ensuring the highest standard of ethics, transparency, integrity, impartiality and accountability in the conduct of its affairs, business and operations.
The Bank shall take action on reports which have been made in accordance with the policy and procedure set.
Whistleblower who makes or receives a disclose improper conduct and focal person/investigator who receives or obtain confidential information in the course of the whistleblowing investigation shall not disclose the confidential information.
The reported information is reasonable, can be trusted, is not on a personal interest basis or malicious intent and is justified.
Any party who discloses any confidential information pertaining to the whistleblowing shall be subject to action based on the Bank’s Code of Conduct and may be liable under Whistleblowing Protection Act 2010 under section 8(4)
All actions in dealing with whistleblowing cases shall be guided by the Whistleblower Protection Act 2010 or any other Act that is related to whistleblowing.
Polisi Pemberi Maklumat
Penyataan Polisi Pemberi Maklumat
Bank terus komited dalam memastikan piawaian yang tertinggi dalam etika, ketelusan, integriti, kesaksamaan dan kebertanggungjawaban dalam menjalankan urusan, perniagaan dan operasinya.
Bank hendaklah mengambil tindakan ke atas laporan yang telah dibuat mengikut polisi dan prosedur yang ditetapkan.
Pemberi maklumat yang membuat pendedahan atau menerima maklumat kelakuan tidak wajar serta ‘focal person’/penyiasat yang menerima atau mendapatkan maklumat sulit semasa penyiasatan tidak boleh mendedahkan maklumat sulit tersebut.
Maklumat yang dilaporkan adalah munasabah, boleh dipercayai, dan bukan atas dasar kepentingan peribadi atau niat jahat adalah wajar
Mana-mana pihak yang mendedahkan sebarang maklumat sulit berkaitan pemberi maklumat akan dikenakan tindakan berdasarkan tatakelakuan Bank dan mungkin bertanggungjawab di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 di bawah seksyen 8(4)
Semua tindakan dalam menangani kes pemberi maklumat hendaklah berpandukan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 atau mana-mana Akta lain yang berkaitan dengan pemberi maklumat.
Pendedahan Tingkah laku dan Tatatertib Tidak Beretika
Pendedahan akan dibuat pemberi maklumat sekiranya terdapat sebab yang munasabah terhadap aktiviti korupsi yang berlaku, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkara-perkara berikut:
Kecurian atau penggelapan
Ketidakpatuhan pada undang-undang dan kawal selia yang ditetapkan.
Rasuah dan korupsi
Penyalahgunaan kuasa
Konflik kepentingan
Penyalahgunaan harta & maklumat Bank.
Kebolehgunaan Polisi
Polisi ini terpakai kepada semua pekerja SME Bank dan pihak luar yang berkepentingan / pihak yang memberikan perkhidmatan kepada SME Bank, termasuk perunding, vendor, kontraktor bebas, agensi luar dan/atau pihak yang mempunyai urusan perniagaan dengan SME Bank. Polisi ini juga terpakai kepada orang awam, jika berkaitan.
Membuat Laporan
Adalah menjadi tanggungjawab wargakerja SME Bank dan orang awam untuk melaporkan sebarang kesalahan yang disedari atau mempunyai keraguan yang munasabah bahawa kesalahan telah berlaku, sama ada ia melibatkan pekerja SME Bank atau Lembaga Pengarah, tertakluk kepada berikut:
Individu yang Dikatakan Bersalah | Pekerja Kumpulan SME Bank | Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Operasi, Ketua Pegawai Integriti dan Urus Tabir, dan Pegawai IGD SME Bank | Ahli Lembaga Pengarah SME Bank |
---|---|---|---|
Saluran Pemberi Maklumat |
| Pendedahan perlu dibuat melalui surat yang telah digamkan dan ditanda “Maklumat Sulit” beserta label seperti: | Pendedahan perlu dibuat melalui surat yang telah digamkan dan ditanda “Maklumat Sulit” beserta label seperti berikut: |
Pendedahan Maklumat
Pihak Bank membenarkan laporan “Tanpa Nama” walaubagaimanapun, ia tidak digalakkan kerana sebarang tindakan susulan untuk memastikan kesahihan fakta atau mendapatkan maklumat lanjut bagi tujuan penyiasatan mungkin sukar.
* Semua laporan akan dilayani dengan tahap kerahsiaan dan perlindungan yang ketat.
Pertanyaan
Kumpulan SME Bank menyokong usaha pencegahan rasuah Kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan mengukuhkan tadbir urus korporat dan secara berterusan menerapkan piawaian tertinggi dalam amalan perniagaan yang telus. Untuk memastikan matlamat ini tercapai, kami secara konsisten meningkatkan polisi dalaman sedia ada, selaras dengan undang-undang dan peraturan yang berkaitan di Malaysia.
Dokumen polisi ini tertakluk kepada pengubahsuaian dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga Pengarah demi kepentingan Kumpulan SME Bank, atau mengikut keperluan undang-undang dan peraturan yang berkenaan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Chief Integrity & Governance Officer
Integrity & Governance Department
Group Compliance Division
SME Bank Group
Level 21, Menara SME Bank
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur, Malaysia