+603 2603 7700
EN BM

Perbendaharaan

SME Bank menawarkan perkhidmatan kewangan yang komprehensif untuk aktiviti-aktiviti pelaburan. Pasukan kami yang terdiri daripada pengedar - pengedar berlesen yang professional dan berpengalaman luas akan bekerjasama dengan klien untuk mencapai kesefahaman dalam objektif pelaburan mereka dan toleransi risiko. Kami juga bertanggungjawab untuk meminimumkan risiko Bank dalam pasaran kewangan. Produk – produk dan perkhidmatan SME Bank adalah patuh Syariah.


Pasaran Wang

Pastikan wang anda bekerja keras untuk anda melalui kami.

Produk deposit kami yang patuh Syariah merupakan antara yang kompetitif dalam pasaran.

Kami menerima peletakan dari tempoh sehari hingga setahun bergantung kepada keperluan dan pelaburan anda.

SME Bank kini menawarkan produk deposit seperti berikut:

  • Komoditi Murabahah Deposit (CMD)
    • Komoditi Murabahah Deposit ialah deposit tetap Islamik dengan kadar pembiayaan yang tetap melalui pembelian dan penjualan komoditi sebagai transaksi aset asas berdasarkan konsep Shariah melalui Murabahah (jualan kos tambah untung).

    • Kadar keuntungan dan jumlah keuntungan akan dimaklumkan kepada pelanggan terlebih dahulu. Ciri-ciri produk adalah seperti berikut:

      • Pelaburan minimum adalah RM200,000.00.

      • Peletakan adalah berdasarkan konsep Murabahah.

      • Tempoh peletakan adalah semalaman sehingga 1 tahun.

      • Penentuan kadar akan diberikan pada hari peletakan oleh para pengedar Perbendaharaan dan Pelaburan di SME Bank. Kadar yang sebenar akan diberikan selepas pengesahan peletakan.

      • Kadar keuntungan akan dikira atas akruan untuk tempoh peletakan asas harian dan akan dibayar setelah matang.

      • Untuk pengeluaran pra-matang, pelanggan hanya layak untuk mendapatkan amaun prinsipal semula.

Pelaburan Pendapatan Tetap

Pelaburan SME Bank dalam pasaran pendapatan tetap diuruskan oleh jabatan Perbendaharaan. Pasukan Pendapatan Tetap kami secara aktif mencari peluang pelaburan berlandaskan syarat pelaburan yang ditetapkan oleh pihak Bank.

Pertukaran Asing

SME Bank kini menawarkan perkhidmatan Pertukaran Asing untuk para pelanggan pembiayaan kami melalui konsep Wakalah yang bertujuan untuk membantu para pelanggan kami yang berada di dalam industri import dan eksport untuk membuat atau menerima pembayaran dalam mata wang asing.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan produk dan perkhidmatan pelaburan SME Bank sila hubungi kami di talian 03-2600 8888