Pembiayaan Ijarah Thummal Bai’ (ITB)
ITB adalah kemudahan pembiayaan di mana Bank (pemberi penyewaan) menyewakan aset yang dikenal pasti kepada pelanggan (penerima penyewaan). Pelanggan akan menggunakan aset untuk menjalankan perniagaan mereka dan menjana jualan. Pada akhir tempoh penyewaan, Bank akan menjual aset sewaan kepada pelanggan akan dilaksanakan dengan cara perlakuan (Mu’atah).
Konsep Shariah
Konsep Syariah yang digunakan adalah Ijarah,Wakalah, Bai’ & Wa’d.
ITB adalah kontrak sewaan (Ijarah) diikuti dengan kontrak jualan melalui cara perlakuan (Bai' Muatah). Di bawah kontrak sewaan, pelanggan menyewa aset dari Bank dengan bayaran sewa yang dipersetujui dalam tempoh tertentu. Apabila tamat tempoh sewaan, Bank akan menjual aset sewaan kepada pelanggan akan dilaksanakan dengan cara perlakuan pada harga yang dipersetujui.
Di bawah Wakalah, Bank melantik Pelanggan sebagai ejen untuk melakukan semua tindakan berkenaan dengan pembelian asset dari peniaga bagi pihak Bank.
Bank juga melantik pelanggan sebagai ejen perkhidmatannya dalam semua perkara berkaitan penyelenggaraan utama bagi pihak Bank dan juga penyelenggaraan dan pembaikan biasa. Pelanggan sebagai ejen perkhidmatan akan menanggung segala kos, caj dan perbelanjaan dalam menjalankan penyelenggaraan dan pembaikan utama dan biasa.
Sekiranya berlaku sebarang kemungkiran atau sewa dibatalkan sebelum tempoh matang, pelanggan akan membeli aset tersebut berdasarkan akujanji (Wa’d) yang telah dibuat.