+603 2603 7700
EN BM
Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF) Banner-Desktop
Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF) Banner-Mobile

Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF)

Untuk menyokong pemulihan dan pertumbuhan PMKS dalam sektor berkaitan pelancongan.


Tujuan

Pembiayaan yang diperolehi akan digunakan sebagai:

  • Modal kerja; dan/atau
  • Perbelanjaan modal (CAPEX).

Pembiayaan tidak boleh digunakan untuk aktivit-aktiviti berikut:

  • Pembiayaan semula kemudahan kredit/ pembiayaan sediada;
  • Pembelian saham;
  • Pembelian tanah/ hartanah dan harta untuk pelaburan (iaitu bukan untung kegunaan perniagaan atau menjana pendapatan daripada aktiviti pelancongan;
  • Pembangunan hartanah (iaitu merancang, membina dan mengurus hartanah dengan objektif untuk menjual atau memajak hartanah yang dibangunkan);
  • Pelaburan oleh syarikat-syarikat pemegangan pelaburan;
  • Aktiviti-aktiviti di mana stok dagangan dalam bentuk wang (termasuk perniagaan kredit, sewaan, pemfaktoran dan insurans);
  • Perjudian, alcohol, tembakau atau aktiviti/ produk lain yang serupa; dan
  • Aktiviti-aktiviti tidak patuh Syariah (terpakai kepada pembiayaan Islamik sahaja).

Kelayakan

Pembiayaan boleh digunakan oleh PMKS Malaysia, sekurang-kurangnya 51% pegangan saham dimiliki oleh rakyat Malaysia, dalam mana-mana sektor atau aktiviti berkaitan pelancongan dan/atau PMKS yang berlesen/berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC).

Sektor atau aktiviti pelancongan yang layak termasuk, tetapi tidak terhad kepada yang disenaraikan dalam Dasar Pelancongan Negara 2020-2023:

  • Ekopelancongan
  • Pelancongan kembara
  • Pelancongan belia
  • Pelancongan sukan
  • Pelancongan budaya dan warisan
  • Pelancongan berasaskan komuniti
  • Pelancongan pulau
  • Pelancongan pantai
  • Pelancongan bandar
  • Pelancongan membeli-belah
  • Pelancongan perubatan dan kesihatan
  • Pelancongan mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE)
  • Pelancongan rentas-sempadan
  • Pelancongan luar bandar/agro
  • Pelancongan pelayaran
  • Pelancongan minat khusus
  • Pelancongan mesra Muslim

Sektor-sektor atau aktiviti-aktiviti yang dinyatakan di atas berfungsi sebagai panduan tidak menyeluruh sahaja dan adalah tepat pada tarikh penerbitan. Walau bagaimanapun, untuk maklumat terkini adalah dinasihatkan untuk merujuk terus kepada dokumen Dasar Pelancongan Negara yang diterbitkan oleh MOTAC.

Fasiliti Pembiayaan

  • Pembiayaan Komoditi Murabahah Berjangka-i (CMTF-i)
  • Kredit Pusingan-i (RC-i)
  • Aliran Tunai-i (CL-i)
  • Pembiayaan Ijarah Thummal Bai' (ITB).

Had Pembiayaan

Sehingga RM500,000 bagi setiap PMKS, di mana:

  • Pembiayaan yang diperolehi di bawah Kemudahan ini tertakluk kepada amaun agregat maksimum pembiayaan di bawah Dana BNM sebanyak RM5 juta untuk mana-mana PMKS berkaitan dengan pemegang saham biasa, melainkan PMKS berkaitan mempunyai tenaga kerja yang berbeza.

Kadar Pembiayaan

  • Sehingga 3.5% setahun (termasuk fi jaminan)untuk pembiayaan yang diluluskan sebelum 31 Disember 2025.
  • Untuk pembiayaan yang diluluskan selepas 31 Disember 2025, BNM akan menyemak dan memaklumkan sebarang perubahan pada kadar pembiayaan berdasarkan keadaan pasaran semasa.

Margin Pembiayaan

  • Mesin / Peralatan: Sehingga 80%.
  • Modal Kerja: Sehingga 100%.

Tempoh Pembiayaan

  • Sehingga 7 tahun

Cagaran

  • Jaminan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) atau Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad CGC). .
  • Jaminan peribadi, jaminan bersama dan berasingan / jaminan korporat.
  • Tiada cagaran lain akan dikenakan untuk fasiliti ini.

Takaful

  • Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan atas talian

  • Penyata kewangan lepas (Akaun Pengurusan Terkini); ATAU penyata Bank 6 bulan terkini
  • Salinan Kad Pengenalan (Pelanggan dan/atau rakan kongsi)
  • Dokumen pendaftaran perniagaan
  • Lesen perdagangan (untuk perniagaan beroperasi di Sabah & Sarawak)
  • Surat Mandat Perkongsian

Lembaran Pendedahan Produk

SME Bank kini menerima permohonan pembiayaan dalam talian MOHON SEKARANG

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 03-2603 7700 atau emel kepada

SME Technology Transformation Fund (STTF)

Kembangkan perniagaan anda melalui adaptasi teknologi & digital dan automasi dengan STTF.

Read More
Skim Pembiayaan Perusahaan Sosial

Bantuan kewangan khusus kepada Perusahaan Sosial Asas dan Perusahaan Sosial Diakreditasi bagi membiayai pemerolehan aset dan/atau keperluan modal kerja.

Read More
Jaguh Serantau

Sebuah program pembiayaan yang menyokong PKS Bumiputera yang mempunyai potensi untuk menjadi jaguh serantau.

Read More