+603 2603 7700
EN BM

Skim Pembiayaan Perusahaan Sosial

Skim Pembiayaan Perusahaan Sosial (Social Enterprise Financing Scheme, SEFS) ialah bantuan kewangan khusus kepada Perusahaan Sosial Asas dan Perusahaan Sosial Diakreditasi yang diiktiraf oleh Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP) bagi membiayai pemerolehan aset dan/atau keperluan modal kerja.


Tujuan

  • Pemerolehan mesin / peralatan
  • Keperluan Modal Kerja termasuk pembiayaan yuran jaminan, dokumentasi dan yuran duti setem serta sumbangan Takaful (jika berkenaan).

Kelayakan

  • Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) seperti yang didefinisikan oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp).
  • Berdaftar dengan KUSKOP sebagai Perusahaan Sosial Asas dan/atau Perusahaan Sosial Diakreditasi dengan bukti berdokumen.
  • Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun.

Kemudahan Pembiayaan

  • Pembiayaan Komoditi Murabahah Berjangka-i (CMTF-i) 
  • Aliran Tunai-i (CL-i) 
  • Kredit Pusingan-i (RC-i) 
  • Pembiayaan Ijarah Thummal Bai’ (ITB)

Had Pembiayaan

  • Minimum : RM100,000.00
  • Maksimum : RM500,000.00

Kadar Keuntungan

Perusahaan Mikro dan Kecil Perusahaan Sederhana
3.0% kadar tetap setahun (baki berkurangan) 4.0% kadar tetap setahun(baki berkurangan)

Margin Pembiayaan

  • Mesin / Peralatan : 
Segmen Margin Pembiayaan
Perusahaan Mikro dan Kecil
  • Baru: Sehingga 90%
  • Terpakai/Diperbaharui/Penyesuaian Semula: Sehingga 80%
Perusahaan Sederhana
  • Baru: Sehingga 80% 
  • Terpakai/Diperbaharui/Penyesuaian Semula: Sehingga 70%
  • Modal Kerja :  Sehingga 100%

Tempoh Pembiayaan

  • Mesin / Peralatan : 
    • Baru : Sehingga 7 tahun
    • Terpakai / Diperbaharui/ Dibaik pulih : Sehingga 5 tahun
  • Modal Kerja :  Sehingga 5 tahun

Cagaran

Tujuan Pembiayaan Penerangan
Mesin / Peralatan Debentur spesifik ke atas aset yang dibiayai.
Modal Kerja Cagaran tunai sebanyak 5% ditolak dari jumlah pembiayaan yang diluluskan.

Takaful

  • Perlindungan takaful / insurans adalah wajib ke atas aset yang dijadikan sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (sekiranya ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang ditawar oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.

Lembaran Pendedahan Produk

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 03-2603 7700 atau emel kepada

Jaguh Serantau

JS_Thumbnail

Sebuah program pembiayaan yang menyokong PKS Bumiputera yang mempunyai potensi untuk menjadi jaguh serantau.

Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF)

Sebuah kemudahan pembiayaan bagi menggalakkan dan menyokong PKS untuk menerapkan amalan kelestarian bagi meningkatkan daya tahan perniagaan.

SME Technology Transformation Fund (STTF)

Kembangkan perniagaan anda melalui adaptasi teknologi & digital dan automasi dengan STTF.