+603 2603 7700
EN BM

Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF)

Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF) adalah sebuah kemudahan pembiayaan bagi menggalakkan dan menyokong PKS untuk menerapkan amalan kelestarian bagi meningkatkan daya tahan perniagaan.


Tujuan

  • Perbelanjaan modal (CAPEX) dan/atau
  • Modal kerja

Kelayakan

PKS Malaysia dalam semua sektor yang komited untuk beralih ke arah operasi perniagaan rendah karbon dan lestari seperti berikut:

  • Pembelian / penggunaan / penyewaan / penyelengaraan premis / peralatan / loji dan mesin yang telah diperakui sebagai hijau dan lestari termasuk peralatan tenaga, penerimaan tenaga boleh diperbaharui dan teknologi pengurusan sisa;
  • Pembelian bahan-bahan kelestarian yang diperakui;
  • Pelantikan perunding selaku penasihat untuk perbelanjaan untuk transformasi terhadap perniagaan lestari;
  • Perbelanjaan untuk mendapatkan pensijilan kelestarian;
  • Latihan berkaitan kelestarian seperti perakaunan karbon, laporan kelestarian dsb.

Nota:

  • Terbuka kepada PKS yang layak diklafikasikan sebagai 'Sokongan Iklim (C1)' atau Peralihan (C2 & C3) seperti didalam Polisi ESG untuk Aktiviti Berkaitan Pembiayaan dan Perbendaharaan SME Bank.

Fasiliti Pembiayaan

  • Pembiayaan Komoditi Murabahah Berjangka-i (CMTF-i)

Had Pembiayaan

  • Sehingga RM10.0 juta bagi setiap PKS (gabungan asas)
  • Pembiayaan agregat maksimum RM5 juta bagi setiap PKS di bawah dana BNM tidak terpakai untuk LCTF

Tempoh Pembiayaan

  • Sehingga 10 tahun

Kadar Pembiayaan

  • Sehingga 5.0 % setahun (termasuk fi jaminan)

Margin Pembiayaan

  • Modal Kerja : Sehingga 100%
  • Pembelian Perkakasan/ Peralatan (termasuk kos pemasangan)
    • Baru : Sehingga 80%
    • Terbakai/ Diperbaharui/ Penyesuaian Semula : Sehingga 70%.

Cagaran

  • Tiada cagaran lain akan dikenakan untuk fasiliti ini.
  • Perlindungan jaminan oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) atau Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).
  • Jaminan peribadi / jaminan bersama dan berasingan.

Takaful

  • Perlindungan takaful/ insurans adalah wajib jika aset yang dibiayai dijadikan sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.

Lembaran Pendedahan Produk

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 03-2603 7700 atau emel kepada

Jaguh Serantau

JS_Thumbnail

Sebuah program pembiayaan yang menyokong PKS Bumiputera yang mempunyai potensi untuk menjadi jaguh serantau.

Skim Pembiayaan Perusahaan Sosial

Bantuan kewangan khusus kepada Perusahaan Sosial Asas dan Perusahaan Sosial Diakreditasi bagi membiayai pemerolehan aset dan/atau keperluan modal kerja.

SME Technology Transformation Fund (STTF)

Kembangkan perniagaan anda melalui adaptasi teknologi & digital dan automasi dengan STTF.