+603 2603 7700
EN BM

SME Technology Transformation Fund (STTF)

Menyediakan bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk penggunaan digital dan/atau automasi di dalam operasi perniagaan bagi mencapai produktiviti yang lebih tinggi, kecekapan proses serta pengurusan kos dan meningkatkan penembusan pasaran.


Tujuan

Tujuan pembiayaan adalah untuk pembelian seperti berikut:

  • Peralatan dan/atau mesin;
  • Perkakasan dan perisian komputer;
  • Penyelesaian dan perkhidmatan teknologi maklumat;
  • Perkhidmatan sokongan teknologi; dan
  • Lain-lain aset tidak ketara untuk tujuan meningkatkan kecekapan dan produktiviti.

Kelayakan

Semua PMKS seperti yang didefinisikan oleh Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan yang memenuhi kriteria berikut:

  • Berdaftar dengan SSM, atau pihak berkuasa/pejabat daerah (untuk Sabah dan Sarawak), atau badan berkanun untuk perkhidmatan profesional;
  • Pegangan saham oleh Syarikat Tersenarai Awam atau Syarikat Berkaitan Kerajaan (sekiranya ada) tidak melebihi 20%;
  • Sekurang-kurangnya 51% pegangan saham dimiliki oleh warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia;
  • Semua PKS di dalam sektor perkhidmatan & perkilangan layak untuk memohon;
  • Telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 2 tahun;
  • Kedudukan kewangan yang solven; dan
  • Tiada tindakan undang-undang terhadap Syarikat atau mana-mana pengarah/ pemegang saham/ rakan kongsi/ pemilik/ penjamin di bawah mana-mana undang-undang di Malaysia.

Fasiliti Pembiayaan

  • Pembiayaan Komoditi Murabahah Berjangka-i (CMTF-i)
  • Pembiayaan Ijarah Thummal Bai’ (ITB)

Had Pembiayaan

  • Bermula dari RM100,000 sehingga RM3.0 juta.

Kadar Pembiayaan

  • 4.0% setahun (termasuk yuran jaminan).

Margin Pembiayaan

  • Sehingga 80% daripada kos pemilikan.

Tempoh Pembiayaan

  • Sehingga 10 tahun.

Cagaran

  • Sehingga 80% Perlindungan jaminan daripada Credit Guarantee Corporation (CGC) atau Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP)
  • Jaminan peribadi, jaminan bersama dan berasingan.
  • Aset untuk dibiayai.

Takaful

  • Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.

Sektor Pembiayaan

  • Perkhidmatan
  • Perkilangan

Dokumen yang diperlukan

  • Salinan kad pengenalan untuk semua pengarah/ pemegang saham/ rakan kongsi/ pemilik/ penjamin.
  • Salinan pendaftaran perniagaan yang sah.
  • Dokumen kesetiausahaan yang diperakui (Borang 24, Borang 49, M&A, dan yang mana berkenaan).
  • Akaun beraudit terkini untuk tahun kewangan yang tidak melebihi atau bersamaan dengan 18 bulan dari tarikh permohonan pembiayaan.
  • Penyata akaun bank untuk 6 bulan terakhir yang disahkan.
  • Pelan perniagaan yang menampilkan penggunaan digital dan automasi. Ia juga merangkumi kecekapan operasi, peningkatan produktiviti dan keberkesanan kos.
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan pembiayaan yang diperlukan oleh pihak Bank.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 03-2603 7700 atau emel kepada

Jaguh Serantau

JS_Thumbnail

Sebuah program pembiayaan yang menyokong PKS Bumiputera yang mempunyai potensi untuk menjadi jaguh serantau.

Skim Pembiayaan Perusahaan Sosial

Bantuan kewangan khusus kepada Perusahaan Sosial Asas dan Perusahaan Sosial Diakreditasi bagi membiayai pemerolehan aset dan/atau keperluan modal kerja.