+603 2603 7700
EN BM

Dana Pemantapan Automasi (PMG)

Dana Pemantapan Automasi adalah sebuah pembiayaan berstruktur untuk membantu usahawan dari sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar) terutamanya dari bidang pembuatan, perkhidmatan, pertanian dan pembinaan yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19.


Tujuan

  • Pembelian peralatan dan/atau mesin;

Kelayakan

  • PKS di dalam sektor 3D (kotor, bahaya & sukar) terutamanya dalam bidang pembuatan, perkhidmatan, pertanian dan pembinaan;
  • Berdaftar dengan SSM, atau pihak berkuasa/pejabat daerah (untuk Sabah dan Sarawak), atau badan berkanun untuk perkhidmatan profesional;
  • Pegangan saham oleh Syarikat Tersenarai Awam dan/atau Syarikat Berkaitan Kerajaan (sekiranya ada) tidak melebihi 20%;
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia dan memegang pegangan saham sekurang-kurangnya 51% di dalam PKS; dan
  • Perniagaan patuh Syariah.

Fasiliti Pembiayaan

  • Pembiayaan Komoditi Murabahah Berjangka-i (CMTF-i)

Had Pembiayaan

  • Sehingga RM3.0 juta.

Tempoh Pembiayaan

  • Sehingga 10 tahun

Kadar Pembiayaan

  • 4% atau 5% setahun

Margin Pembiayaan

  • Sehingga 100%

Cagaran

  • Sehingga 80% jaminan dari Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).

Takaful

  • Perlindungan takaful adalah wajib jika aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.

Lembaran Pendedahan Produk

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 03-2603 7700 atau emel kepada

Pembiayaan Dana Usahawan Muda 2.0 (YEF 2.0)

Membantu & menyokong usahawan muda mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi & kekal berdaya maju pasca COVID-19 atau bagi memulakan perniagaan baharu di bawah inisiatif Umbrella, SME Bank.

Dana Kemampanan PMKS Bumiputera

Membantu usahawan Bumiputera dalam kategori mikro dan kecil untuk meningkatkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi samada dari segi kapasiti pengeluaran, penembusan pasaran serta daya saing.

Jaguh Serantau

JS_Thumbnail

Sebuah program pembiayaan yang menyokong PKS Bumiputera yang mempunyai potensi untuk menjadi jaguh serantau.