+603 2603 7700
EN BM

HalalBiz

HalalBiz adalah sebuah program pembiayaan untuk menggalakkan penyertaan usahawan PMKS dalam ekosistem industri Halal di Malaysia.


Tujuan

  • Pembelian aset – Mesin / peralatan.
  • Kos pengubahsuaian kilang; dan / atau
  • Keperluan modal Kerja termasuk perbelanjaan kos sijil Halal.

Kelayakan

  • Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) seperti yang ditakrifkan oleh SME Corp, termasuk Koperasi.
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), atau pihak berkuasa / pejabat daerah (untuk Sabah dan Sarawak), atau badan berkanun untuk perkhidmatan profesional.
  • Perniagaan patuh Syariah dengan pensijilan Halal daripada JAKIM atau mana-mana pihak berkuasa lain yang diiktiraf oleh JAKIM. Bagi syarikat yang tidak mempunyai pensijilan Halal, pelanggan mesti mendapatkan Pensijilan Halal daripada JAKIM atau mana-mana pihak berkuasa lain yang diiktiraf oleh JAKIM dalam tempoh 24 bulan dari tarikh pengeluaran pembiayaan pertama, yang mana permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 12 bulan pertama.
  • Minimum 2 tahun beroperasi, termasuk permulaan perniagaan oleh pemilik terdahulu atau penukaran / penaiktarafan syarikat dari Pemilikan Tunggal atau Perkongsian.

Fasiliti Pembiayaan

  • Pembiayaan Komoditi Murabahah Berjangka-i (CMTF-i)
  • Pembiayaan Ijarah Thummal Bai’ (ITB)
  • Kredit Pusingan-i (RC-i)
  • Aliran Tunai-i (CL-i)

Had Pembiayaan

  • Minimum: RM100,000.00
  • Maksimum: RM1.0 juta

Kadar Keuntungan

  • 5.0% setahun

Margin Pembiayaan

Tujuan Margin
Mesin / Peralatan (termasuk kos pemasangan)
  • Sehingga 80% (baharu)
  • Sehingga 70% (Terpakai/ Diperbaharu/ Penyesuaian Semula)
Pengubahsuaian Kilang
  • Sehingga 90%
Keperluan Modal Kerja
  • Sehingga 100%

Tempoh Pembiayaan

  • Pembelian aset: 7 tahun
  • Modal kerja: 5 tahun

Cagaran

  • Cagaran yang diterima oleh pihak Bank tertakluk kepada polisi SME Bank.
  • Jaminan peribadi / jaminan bersama dan berasingan.

Takaful

Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.

Maklumat Lembaran Produk

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 03-2603 7700 atau emel kepada

SME Technology Transformation Fund (STTF)

Kembangkan perniagaan anda melalui adaptasi teknologi & digital dan automasi dengan STTF.

Jaguh Serantau

JS_Thumbnail

Sebuah program pembiayaan yang menyokong PKS Bumiputera yang mempunyai potensi untuk menjadi jaguh serantau.

Skim Pembiayaan Perusahaan Sosial

Bantuan kewangan khusus kepada Perusahaan Sosial Asas dan Perusahaan Sosial Diakreditasi bagi membiayai pemerolehan aset dan/atau keperluan modal kerja.