+603 2603 7700
EN BM

Dana Kemampanan PMKS Bumiputera 2.0 (DKPB 2.0)

Dana Kemampanan PMKS Bumiputera 2.0 (DKPB 2.0) adalah sebuah program pembiayaan untuk membantu perusahaan Bumiputera Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi dari segi kapasiti pengeluaran, penembusan pasaran dan daya saing.


Tujuan

  • Pembelian mesin / peralatan; dan / atau 
  • Modal kerja

Kelayakan

  • Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) seperti yang didefinisikan oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) termasuk Koperasi.
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), atau pejabat pihak berkuasa / daerah (untuk Sabah dan Sarawak), atau badan berkanun untuk penyedia perkhidmatan professional.
  • Sekurang-kurangnya 51% pegangan saham, ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan dipegang oleh Bumiputera.
  • Perniagaan patuh shariah.
  • Minimum 2 tahun beroperasi, ( termasuk penukaran / penaiktarafan syarikat berstatus Persendirian dan Perkongsian).

Fasiliti Pembiayaan

  • Pembiayaan Komoditi Murabahah Berjangka-i (CMTF-i)
  • Pembiayaan Ijarah Thummal Bai’ (ITB)
  • Kredit Pusingan-i (RC-i)
  • Aliran Tunai-i (CL-i)

Had Pembiayaan

  • Minimum: RM100,000.00
  • Maksimum: RM3.0 juta

Kadar Keuntungan

  • 5.0% setahun

Margin Pembiayaan

  • Pembelian aset:
    • Sehingga 80% (Baru)
    • Sehingga 70% (Terpakai / Diperbaharu / Penyesuaian semula)
  • Modal Kerja: Sehingga 100%

Tempoh Pembiayaan

  • Pembelian Aset: 7 tahun (termasuk 6 bulan moratorium atau tempoh penangguhan)
  • Modal Kerja: 5 tahun (termasuk 6 bulan moratorium atau tempoh penangguhan)

Cagaran

  • Cagaran yang diterima oleh pihak Bank tertakluk kepada polisi SME Bank.
  • Jaminan peribadi / jaminan bersama dan berasingan.

Takaful

  • Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 03-2603 7700 atau emel kepada

Skim Pembiayaan Perusahaan Sosial

Bantuan kewangan khusus kepada Perusahaan Sosial Asas dan Perusahaan Sosial Diakreditasi bagi membiayai pemerolehan aset dan/atau keperluan modal kerja.

BizCashPlus

Sebuah program pembiayaan bertujuan untuk membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk keperluan modal kerja.

SME Technology Transformation Fund (STTF)

Kembangkan perniagaan anda melalui adaptasi teknologi & digital dan automasi dengan STTF.