BizCashPlus
BizCashPlus adalah sebuah program pembiayaan bertujuan untuk membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk keperluan modal kerja.
Tujuan
- Modal kerja
Kelayakan
- Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) seperti yang didefinisikan oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp).
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), atau pejabat pihak berkuasa / daerah (untuk Sabah dan Sarawak), atau badan berkanun untuk penyedia perkhidmatan professional.
- Minimum 51% pegangan saham dan Lembaga Pengarah dipegang oleh rakyat Malaysia.
- Telah beroperasi sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dari tarikh permohonan (ini termasuklah penukaran / penaiktarafan syarikat berstatus Persendirian dan Perkongsian di bawah aktiviti perniagaan yang serupa).
- Perniagaan patuh shariah.
Fasiliti Pembiayaan
- Pembiayaan Komoditi Murabahah Berjangka-i (CMTF-i)
Had Pembiayaan
- Minimum: RM100,000.00
- Maksimum: RM1.0 juta
Kadar Keuntungan
- Minimum: KPA + 0.0% setahun
- Maksimum: KPA + 2.0% setahun
Margin Pembiayaan
- Modal Kerja: Sehingga 100%
Tempoh Pembiayaan
- Sehingga 5 tahun
Cagaran
- Perlindungan jaminan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).
- Jaminan peribadi / jaminan bersama dan berasingan / jaminan korporat.
Takaful
- Perlindungan takaful adalah wajib jika aset diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful.
Fi & Caj
Lembaran Pendedahan Produk
Skim Pembiayaan Perusahaan Sosial
Bantuan kewangan khusus kepada Perusahaan Sosial Asas dan Perusahaan Sosial Diakreditasi bagi membiayai pemerolehan aset dan/atau keperluan modal kerja.
SME Technology Transformation Fund (STTF)
Kembangkan perniagaan anda melalui adaptasi teknologi & digital dan automasi dengan STTF.