+603 2603 7700
EN BM

Tabung Khas Pelancongan (TKP)

Tabung Khas Pelancongan (TKP) ialah sebuah program pembiayaan bagi menyokong industri pelancongan di Malaysia.


Tujuan

  • Pembelian aset
  • Modal kerja

Kelayakan

  • Syarikat Bumiputera bertaraf kecil dan sederhana (minimum pegangan ekuiti Bumiputera 60%) dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Akta Koperasi 1993.
  • Syarikat tersebut mestilah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) atau menerima penarafan MOTAC atau mendapat sokongan sebagai projek pelancongan oleh Jawatankuasa Pinjaman Tabung Pelancongan (JKPTP), MOTAC.
  • Dana pemegang saham syarikat tidak melebihi RM10.0 juta.
  • Pelanggan sedia ada SME Bank atau syarikat yang telah beroperasi sekurang-kurangnya selama (2) tahun.

Projek-projek yang layak dibiayai

Syarikat tersebut mestilah berdaftar dengan MOTAC atau menerima penarafan MOTAC atau mendapat sokongan sebagai projek pelancongan oleh JKPTP, MOTAC. Keutamaan dana diberi kepada projek-projek berikut:

 

  • Pengubahsuaian dan menaik taraf premis penginapan pelancongan termasuk kerja-kerja pengindahan hotel, motel, inapdesa (berdaftar dengan MOTAC), chalet, rumah persinggahan dan lain-lain projek yang diiktiraf oleh MOTAC.
  • Penyediaan perkhidmatan pengangkutan berkaitan dengan pelancongan seperti koc, kereta sewa pandu, feri, bot, bas persiaran, hidrofoil dan lain-lain.
  • Penyediaan kemudahan yang berkaitan dengan pelancongan seperti pusat cenderamata, kraftangan, kedai bebas cukai, peralatan rekreasi di kawasan pelancongan seperti marina, basikal, bot dan lain-lain (kecuali peralatan golf).
  • Modal kerja untuk aktiviti berkaitan pelancongan.

 

Fasiliti Pembiayaan

  • Pembiayaan Komoditi Murabahah Berjangka-i (CMTF-i)
  • Pembiayaan Ijarah Thummal Bai’ (ITB)
  • Kredit Pusingan-i (RC-i)
  • Aliran Tunai-i (CL-i)
     

Had Pembiayaan

  • Minimum: RM50,000.00
  • Maksimum: RM5.0 juta

Kadar Keuntungan

  • 4.0% - 5.5% setahun

Margin Pembiayaan

  • Pembelian aset: Sehingga 90%
  • Modal kerja: Sehingga 100%

Tempoh Pembiayaan

Jenis Minimum Maksimum Tempoh Penangguhan
Pembelian Aset 3 tahun 10 tahun Sehingga 2 tahun
Modal Kerja 2 tahun 5 tahun Sehingga 1 tahun

 

Cagaran

  • Cagaran yang diterima oleh pihak Bank tertakluk kepada polisi SME Bank.
  • Jaminan peribadi / jaminan bersama dan berasingan

Takaful

Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.

Lembaran Pendedahan Produk

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 03-2603 7700 atau emel kepada

SME Technology Transformation Fund (STTF)

Kembangkan perniagaan anda melalui adaptasi teknologi & digital dan automasi dengan STTF.

Skim Pembiayaan Perusahaan Sosial

Bantuan kewangan khusus kepada Perusahaan Sosial Asas dan Perusahaan Sosial Diakreditasi bagi membiayai pemerolehan aset dan/atau keperluan modal kerja.

BizCashPlus

Sebuah program pembiayaan bertujuan untuk membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk keperluan modal kerja.