+603 2603 7700
EN BM

MYSMELADY 2.0

MySMELady 2.0 adalah satu pembiayaan untuk usahawan wanita bagi pembelian aset dan/atau keperluan modal kerja bagi meningkatkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi dari segi kapasiti pengeluaran, penembusan pasaran dan daya saing.


Tujuan

  • Pemerolehan aset (Mesin/ peralatan)
  • Modal Kerja

Kelayakan

  • Usahawan Wanita yang memenuhi definisi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) seperti yang ditakrifkan oleh SME Corp.
  • 51% daripada pegangan ekuiti dimiliki oleh Wanita ATAU Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif adalah Wanita dan memiliki sekurang-kurangnya 10% pegangan ekuiti.
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), atau pihak berkuasa / pejabat daerah (untuk Sabah dan Sarawak), atau badan berkanun untuk perkhidmatan profesional.
  • Perniagaan patuh Syariah
  • Beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun.

Fasiliti Pembiayaan

  • Pembiayaan Komoditi Murabahah Berjangka-i (CMTF-i)
  • Pembiayaan Ijarah Thummal Bai’ (ITB)
  • Kredit Pusingan-i (RC-i)
  • Aliran Tunai-i (CL-i)

Had Pembiayaan

  • Minimum: RM100,000
  • Maksimum: RM3.0 juta

Kadar Keuntungan

  • 5.0% setahun

Margin Pembiayaan

  • Pemerolehan Aset:
    • Sehingga 80% (Baru)
    • Sehingga 70% (Terpakai/ Diperbaharu/ Penyesuaian semula).
  • Modal Kerja:
    • Sehingga 100%

Tempoh Pembiayaan

Sehingga 5 tahun

Cagaran

Cagaran yang diterima oleh pihak Bank tertakluk kepada polisi SME Bank.

Nota: Sekiranya memerlukan Jaminan Pembiayaan, hanya boleh diperolehi melalui Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) sahaja.

Takaful

Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.

Fi & Caj

Klik untuk fi & caj

Maklumat Lembaran Produk

MySMELady 2.0 (Bahasa)

SME Bank kini menerima permohonan pembiayaan dalam talian MOHON SEKARANG