+603 2603 7700
EN BM
Siaran Media- inner banner
Siaran Media- inner banner

SME Bank dan School Of Business University of Applied Sciences and Arts Northwestern Switzerland (FHNW) Bekerjasama Realisasi SME Bank Sandbox Swiss Innovation Challenge

24 Jun 2024

KUALA LUMPUR: 24 Jun 2024 – Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) telah bekerjasama dengan School of Business dari University of Applied Sciences and Arts Northwestern Switzerland (FHNW) untuk SME Bank Sandbox Swiss Innovation Challenge (SSSIC) 2024.

Cabaran ini terbuka untuk syarikat pemula, Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan pelajar institute pengajian tinggi dalam mengemukakan idea perniagaan inovatif yang memberi impak besar kepada alam sekitar, sosial dan ekonomi. Peserta berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM110,000 dan mewakili Malaysia di Swiss Innovation Challenge 2024 International Pitch pada bulan Oktober 2024. Disokong oleh institusi seperti Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn. Bhd. (CEDAR), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Putra Business School, dan DRB-HICOM University of Automotive Malaysia, SSSIC 2024 akan menawarkan pengetahuan praktikal dan peningkatan kemahiran melalui jurulatih dan usahawan yang berpengalaman.

Datuk Wira (Dr.) Aria Putera Ismail, Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank berkata: "Di SME Bank, kami memberi galakan kepada usahawan dan PMKS untuk sentiasa maju ke hadapan. SME Bank Sandbox Swiss Innovation Challenge menyediakan platform untuk mempromosikan inovasi dalam kalangan PMKS dan membolehkan usahawan dan inovator menunjukkan kreativiti mereka serta memberi penyelesaian inovatif yang lestari kepada cabaran ketika ini, sambil mencipta peluang untuk jalinan antarabangsa dan potensi pembiayaan."

"Kerjasama kami dengan FHNW direka untuk memupuk syarikat pemula dan penubuhan baru untuk lebih cemerlang dalam sektor PMKS dengan memperkasa alat dan pengetahuan untuk memacu pembangunan yang lestari, memberi impak penting kepada komuniti dan membina jalinan kerjasama antarabangsa yang bakal menjadi aset berharga semasa mereka menavigasi landskap perniagaan yang dinamik. Ini sejajar dengan usaha kerajaan untuk mengembangkan syarikat tempatan ke semua peringkat melalui ekosistem inovasi seperti yang disokong oleh kerangka Ekonomi MADANI," tambah beliau.

SSSIC 2024 bertujuan untuk menyokong inovasi syarikat pemula dan PMKS serta meningkatkan kesedaran dan menggalakkan penerapan Alam Sekitar, Sosial, and Tadbir Urus (ESG) di kalangan PMKS dengan menawarkan peserta peluang untuk membentangkan idea perniagaan baru, inovasi produk, inovasi perkhidmatan, inovasi organisasi, inovasi pengurusan, atau inovasi model perniagaan, yang menerajui konsep perniagaan yang sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG).

Prof. Dr. Arie Hans Verkuil, Ketua Institut Pengurusan di FHNW University of Applied Sciences, juga Presiden Juri SIC menambah: "SIC telah lama disokong oleh kerajaan Switzerland untuk mencari idea perniagaan inovatif dari syarikat pemula dan PMKS. Untuk pengetahuan semua, terdapat minat global yang semakin meningkat dalam inisiatif unik ini di luar rantau Eropah, dan kami gembira dapat bekerjasama dengan SME Bank di Malaysia yang merupakan tunjang utama pertumbuhan holistik PMKS melangkaui perkhidmatan kewangan, terutamanya dalam pelaksanaan ESG. Bersama rakan universiti tempatan kami, kerjasama ini akan membuka jalan untuk lebih memahami persekitaran syarikat pemula atau perniagaan baru dan seterusnya mendorong perubahan positif dan memupuk budaya inovasi dan kelestarian dalam komuniti PMKS."

SSSIC 2024 kini menerima penyertaan dari 24 Jun hingga 26 Julai 2024. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pertandingan ini dan cara untuk menyertai, sila layari www.smebank.com.my/sssic2024.