SME BANK PERKENAL INISIATIF STRATEGIK BAHARU BERNILAI RM211 JUTA BAGI MEMPERKASA KERANGKA EKONOMI MADANI
KUALA LUMPUR: 26 Jun 2025 – Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (“SME Bank”) hari ini mengumumkan peluncuran inisiatif strategik bernilai RM211 juta, memperkukuh komitmen SME Bank dalam menyokong Kerangka Ekonomi MADANI yang diterajui Kerajaan, selaras dengan mandat SME Bank di bawah Belanjawan Negara 2025.
Inisiatif ini memberi tumpuan kepada sektor berimpak tinggi seperti Teknologi, Pelancongan, Halal dan ESG, di samping memperkasa golongan usahawan B40 dan Asnaf dalam usaha membina ekosistem PMKS yang lebih berdaya tahan dan bersedia menghadapi masa depan.
Datuk Dr Mohammad Hardee Ibrahim, Pemangku Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SME Bank berkata, “Sejajar dengan mandat SME Bank, kami berbesar hati menyemarakkan sektor PMKS melalui peluncuran program-program baharu yang merupakan sebahagian daripada inisiatif strategik melebihi RM1 bilion yang diamanahkan kepada SME Bank di bawah Belanjawan Negara 2025. Inisiatif ini termasuk MySMELady 2.0, Pembiayaan Ekosistem Payung, Dana Kelestarian Alam dan Maju Usahawan Madani yang menzahirkan pendekatan menyeluruh kami dalam pembangunan negara dan komitmen untuk memperkukuh landskap keusahawanan negara.
Kami juga bangga untuk meluncurkan edisi keempat SME Bank iTEKAD ISHRAF (“ISHRAF 4.0”), iaitu inisiatif di luar menjangkaui pembiayaan khusus untuk melengkapkan usahawan B40 dan Asnaf dengan ilmu, kemahiran dan sumber yang diperlukan untuk mengekalkan serta mengembangkan perniagaan mereka.”
“Berbekalkan momentum positif ini, kami yakin untuk mencapai sasaran jumlah pembiayaan diluluskan sebanyak RM3 bilion pada tahun ini dengan fokus berterusan terhadap sektor-sektor strategik keutamaan, di mana RM2 bilion telah direkodkan setakat Mei 2025. Pencapaian ini mengukuhkan lagi peranan kami dalam pembangunan PMKS selaras dengan visi MADANI Kerajaan untuk membina Malaysia yang lebih inklusif, berdaya tahan dan bersedia menghadapi masa depan,” tambah beliau.
Majlis peluncuran ini telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dan YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (“KUSKOP”). Turut hadir ialah Dato’ Muslim Hussain, Pengerusi SME Bank dan Datuk Dr. Mohammad Hardee Ibrahim, Pemangku Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SME Bank.
Inisiatif-inisiatif baharu yang diperkenalkan ini adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan khusus dalam sektor-sektor utama, khusus untuk PMKS, bagi memastikan akses yang lebih luas kepada modal serta sokongan bersasar kepada pertumbuhan perniagaan.
Program Pembiayaan Baharu:
No | Program | Butiran | Bidang Tumpuan |
---|---|---|---|
1 | MySMELady 2.0 | Memperkasa usahawan wanita melalui pembiayaan khusus bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran, penembusan pasaran dan daya saing. Tujuan: Pemerolehan aset dan/atau modal kerja Had Pembiayaan: RM100,000 – RM3 juta Kadar Keuntungan: 5% setahun Tempoh Pembiayaan: Sehingga 5 tahun | Usahawan wanita dalam kategori mikro, kecil dan sederhana (PMKS) |
2 | Pembiayaan Ekosistem Payung | Menyokong usahawan Bumiputera termasuk syarikat pemula untuk memulakan atau mempelbagaikan perniagaan. Tujuan: Pemerolehan aset dan/atau modal kerja Had Pembiayaan: RM50,000 – RM1 juta Kadar Keuntungan: 4% setahun Tempoh Pembiayaan: Sehingga 7 tahun | PMKS Bumiputera termasuk syarikat pemula dalam semua sektor ekonomi |
3 | Dana Kelestarian Alam | Pembiayaan untuk transformasi operasi perniagaan ke arah rendah karbon dan kelestarian. Tujuan: Pemerolehan aset dan/atau modal kerja Had Pembiayaan: RM100,000 – RM5 juta Kadar Keuntungan: 3.5% – 6% setahun Tempoh Pembiayaan: Sehingga 7 tahun | PMKS dalam sektor berikut: • Tenaga boleh diperbaharui • Kecekapan tenaga • Bangunan hijau • Pengangkutan bersih |
Program Pembangunan Kapasiti Baharu:
No | Program | Butiran | Bidang Tumpuan |
---|---|---|---|
4 | Maju Usahawan Madani (via CEDAR) | Latihan dan pembangunan kapasiti untuk kira-kira 3,000 usahawan selaras dengan prinsip MADANI. | Usahawan merentas sektor |
5 | SME Bank iTEKAD ISHRAF 4.0 (Kohort baharu) | Program kewangan sosial yang menyasarkan peningkatan jualan sekurang-kurangnya 10% untuk kira-kira 400 usahawan dari golongan B40 dan Asnaf bagi menjamin kelangsungan perniagaan mereka. | Usahawan daripada kumpulan B40 dan Asnaf |
Program Pembiayaan Sedia Ada:
- Skim Pembiayaan Vanigham
- Dana Transformasi Teknologi PKS
- Pembiayaan HalalBiz
- Skim Pembiayaan Perusahaan Sosial
- Jaguh Serantau
- Program Pemecut Perniagaan di bawah RMK-12 (BAP RMK-12)
- Dana Kemampanan PMKS Bumiputera
Program Pembangunan Kapasiti:
- Program Eksport Perniagaan