Program Pengantarabangsaan Usahawan Halal (PPUH)
Program Pengantarabangsaan Usahawan Halal membantu meningkatkan daya saing usahawan halal Malaysia di pasaran antarabangsa melalui penyediaan akses pasaran, pengukuhan jenama, dan pembangunan rangkaian perniagaan secara bersepadu.
Objektif
Mengukuh jenama halal Malaysia di pasaran antarabangsa.
Menyedia akses produk dan perkhidmatan halal Malaysia ke pasaran antarabangsa.
Membina jaringan perniagaan dan pemasaran produk dan perkhidmatan halal Malaysia di persada antarabangsa.
Kriteria
Berdaftar dengan SSM/SKM/Badan Profesional/Pihak Berkuasa atau Pejabat Daerah serta mana-mana yang setaraf dengannya;
Memenuhi definisi PKS berdasarkan saiz operasi di bawah Garis Panduan yang disediakan oleh Sekretariat Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan;
Syarikat dimiliki oleh 100% warganegara Malaysia; dan
Mempunyai pensijilan halal yang masih berkuatkuasa.
Ciri-ciri program
Penyertaan usahawan dalam ekspo atau pameran perdagangan antarabangsa
Bengkel atau kursus persediaan eksport
Pendaftaran produk
Senarai Pameran Antarabangsa 2025
Food and Hotel Asia (FHA) Singapore: 8 - 11 April 2025
SIAL Shanghai: 19 - 21 May 2025
Export Acceleration Mission in conjunction with World Expo Osaka: 22 - 28 June 2025
China ASEAN Expo: 17 - 21 September 2025
Malaysia International Halal Showcase (MIHAS): 17 - 20 September 2025
ANUGA Germany: 4 - 8 October 2025
Selangor International Expo: October 2025
Vietnam Expo: 4 - 6 December 2025
Untuk memohon
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai berikut:
Bashari Mohd Sidek
03 2615 2944
[email protected]
Filzah Nasuha Zakaria
03 2615 2020 (ext. 2224)
[email protected]