+603 2603 7700
EN BM

Program Pembangunan Kapasiti Produk Halal (PPKPH)

Program Pembangunan Kapasiti Produk Halal ialah sebuah program yang bertujuan membantu meningkatkan kapasiti produk dan perkhidmatan halal dari aspek penjenamaan, pembungkusan dan pelabelan.


Objektif

  • Meningkatkan kebolehpasaran dan daya saing PKS yang diperakui halal selaras dengan piawaian halal dan jangkaan pengguna.

  • Menyokong PKS dalam memperkukuh identiti produk dan harta intelek melalui perkhidmatan pembangunan profesional.


Kriteria

  • Berdaftar dengan SSM/SKM/Badan Profesional/Pihak Berkuasa atau Pejabat Daerah serta mana-mana yang setaraf dengannya;

  • Memenuhi definisi PKS berdasarkan saiz operasi di bawah Garis Panduan yang disediakan oleh Sekretariat Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan;

  • Syarikat dimiliki oleh 100% warganegara Malaysia; dan

  • Mempunyai pensijilan halal yang masih berkuatkuasa


Ciri-ciri Program

  • Geran sehingga RM30,000 bagi setiap usahawan, termasuk kos bagi Pembangunan Kapasiti

  • Permohonan dibuka sehingga 31 Oktober 2025 atau sehingga peruntukan dana habis digunakan (mana-mana yang terdahulu).


Skop Program

  • Pembangunan jenama

  • Rekabentuk pembungkusan/pelabelan

  • Pendaftaran MyIPO

  • Penyediaan protaip

  • Perkhidmatan Percetakan


Lengkapkan Borang Permohonan dan kemukakan bersama dokumen-dokumen yang diperlukan kepada alamat berikut:


Program Pembangunan Kapasiti Produk Halal (PPKPH)
Entrepreneur Development Department
Aras 6, Menara SME Bank
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai berikut:

Bashari Mohd Sidek
03 2615 2944
[email protected]

Filzah Nasuha Zakaria
03 2615 2020 (ext. 2224)
[email protected]