Program Pembangunan Inovasi dan Teknologi Halal (PPITH)
Program Pembangunan Inovasi dan Teknologi Halal ialah sebuah program bertujuan meningkatkan keberhasilan produk perkhidmatan halal berteraskan inovasi dan teknologi.
Objektif
Meningkatkan produktiviti PKS melalui insentif untuk penerapan inovasi dan teknologi terkini.
Menyokong pengembangan teknologi dan automasi dalam industri halal bagi meningkatkan daya saing dan kelestarian perniagaan PKS.
Kriteria
Berdaftar dengan SSM/SKM/Badan Profesional/Pihak Berkuasa atau Pejabat Daerah serta mana-mana yang setaraf dengannya;
Memenuhi definisi PKS berdasarkan saiz operasi di bawah Garis Panduan yang disediakan oleh Sekretariat Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan;
Syarikat dimiliki oleh 100% warganegara Malaysia; dan
Mempunyai pensijilan halal yang masih berkuatkuasa.
Ciri-ciri Program
Geran sehingga RM 100,000.00.
Permohonan dibuka sehingga 31 Oktober 2025 atau sehingga peruntukan dana habis digunakan (mana-mana yang terdahulu).
Skop Program:
Pemindahan teknologi
Automasi sistem/mesin/digitalisasi
Khidmat perundingan/nasihat teknikal
Penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan
Untuk memohon
Lengkapkan Borang Permohonan dan kemukakan bersama dokumen-dokumen yang diperlukan kepada alamat berikut:
Program Pembangunan Inovasi dan Teknologi Halal (PPITH)
Entrepreneur Development Department
Aras 6, Menara SME Bank
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai berikut:
Bashari Mohd Sidek
03 2615 2944
[email protected]
Filzah Nasuha Zakaria
03 2615 2020 (ext. 2224)
[email protected]