+603 2603 7700
EN BM

Pembiayaan Kontrak

Skim Pembiayaan Kontrak ialah pakej pembiayaan yang menggunakan produk-produk Bank sedia ada. Skim ini menawarkan pembiayaan untuk pelanggan-pelanggan yang menjadi Kontraktor Utama atau Subkontraktor yang telah mendapat kontrak dari Kementerian , Jabatan atau Agensi Kerajaan.


Tujuan

  • Modal Kerja
  • Jaminan Bank

Kelayakan

  • Pemohon merupakan Kontraktor Utama atau Sub-kontraktor yang dilantik sahaja.
  • Pemohon mestilah berdaftar dengan salah satu badan berikut:
    • Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
    • Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)
    • Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan(CIDB)
    • Badan-badan pelesenan atau pendaftaran lain yang berkaitan.

Fasiliti Pembiayaan

  • Kredit Pusingan-i
  • Aliran Tunai-i
  • Jaminan Bank Kafalah (KBG)

Had Pembiayaan

  • Sehingga Had Pelanggan Tunggal

Kadar Pembiayaan

  • Dari KPA + 0.0% setahun sehingga KPA + 2.5% setahun
  • Yuran Jaminan Bank : 0.125% sebulan

Margin Pembiayaan

  • Kredit Pusingan: Sehingga 100% dari kos kontrak
  • Jaminan Bank Kafalah (KBG): Seperti yang diperlukan oleh pemberi kontrak.

Tempoh Pembiayaan

  • Mengikut keperluan kontrak

Cagaran

  • Penyerahan hak hasil kontrak.
  • Jaminan bersama dan berasingan pengarah / pemegang saham.
  • Minimum 5% atau 15% cagaran tunai bergantung kepada jenis kontrak.
  • Minimum 30% cagaran tunai untuk Kafalah BG-i.

Takaful

  • Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.

Lembaran Pendedahan Produk