SME Bank

 

YBiz2020 Teaser

SME Bank meneruskan program tanggungjawab korporat ulungnya iaitu Program Inovasi Usahawan Muda SME Bank Y-Biz Challenge. Program ini akan mendedahkan para peserta dari sekolah menengah dari seluruh Malaysia kepada keusahawanan, kemahiran kepemimpinan dan reka bentuk produk. 

Penilaian / Pemarkahan

  • SME Bank berhak melantik mana-mana panel juri bagi membuat penilaian ke atas perlaksanaan perniagaan dan hasil jualan produk. Setiap keputusan yang dibuat oleh panel juri adalah MUKTAMAD. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan. 

Hadiah Pertandingan

Poster Hadiah Y Biz2020 01

Terma dan Syarat

TERMA DAN SYARAT PENYERTAAN

        1. Penyertaan adalah PERCUMA.
        2. Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di bawah seliaan Kementerian Pendidikan sahaja.
        3. Pelajar yang menyertai pertandingan ini mestilah berumur antara 13 hingga 17 tahun.
        4. Setiap sekolah dibenarkan menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan dan pasukan yang dianggotai seramai empat (4) orang ahli dan satu (1) orang guru pembimbing. Setiap penyertaan yang dihantar adalah daripada kumpulan yang berlainan.
        5. Setiap idea atau produk yang dihasilkan mestilah asli atau produk sedia ada yang telah dibuat penambahbaikan. Idea atau produk yang pernah memenangi mana-mana pertandingan adalah tidak layak untuk menyertai pertandingan ini.
        6. Sekiranya sebarang maklumat yang diberikan oleh peserta didapati tidak menepati syarat, pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaannya.
        7. Setiap idea atau produk yang dihasilkan adalah hakmilik peserta. Peserta mestilah membenarkan Sekretariat ‘SME Bank Y-Biz Challenge’ menggunakan produk tersebut bagi tujuan promosi sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
        8. Perlindungan idea atau produk (akta perlindungan Harta Intelek) adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri dan sekiranya ada mana-mana pihak yang meniru idea atau produk peserta untuk dibangunkan secara tidak sah tanpa pengetahuan penganjur, ia adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri dan pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab.
        9. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan dokumen atau produk sebelum, semasa dan selepas penyertaan.
        10. Setiap pasukan yang terpilih dikehendaki menghadiri tiga (3) peringkat pertandingan seperti berikut:

           

          a. Peringkat Awal

          • Juri akan membuat penilaian dan memilih 20 pasukan yang layak berdasarkan kertas cadangan projek yang dihantar melalui laman web: www.smebank.com.my

           

          b. Peringkat Separuh Akhir / Boot camp

          • 20 pasukan dikehendaki menghadiri sesi boot camp selama 4 hari 3 malam di lokasi yang akan ditetapkan oleh SME Bank.
          • 20 pasukan perlu membuat pembentangan rancangan perniagaan dan juga membawa produk yang berfungsi untuk dinilai oleh panel juri.
          • Panel juri akan memilih 10 pasukan yang layak untuk ke peringkat akhir.
          • Semua kos perjalanan dan penginapan 4 orang pelajar dan seorang guru pembimbing yang menyertai boot camp ini akan ditanggung sepenuhnya oleh SME Bank.

           

          c. Peringkat Akhir & Majlis Penyampaian Hadiah

          • 10 pasukan yang terpilih dikehendaki membuat pembentangan di hadapan panel juri mengenai perlaksanaan perniagaan dan hasil jualan produk.
          • Lokasi peringkat akhir dan majlis penyampaian hadiah akan ditetapkan oleh SME Bank.
          • Semua kos perjalanan dan penginapan 4 orang pelajar dan seorang guru pembimbing yang menyertai peringkat akhir dan penyampaian hadiah akan ditanggung sepenuhnya oleh SME Bank.

           

        11. Setiap sekolah hendaklah melengkapkan borang penyertaan yang boleh diperolehi daripada laman web: www.smebank.com.my Borang penyertaan dan kertas cadangan projek yang telah lengkap hendaklah dihantar menerusi laman web yang telah diberikan sebelum atau pada tarikh tutup penyertaan.

        12. Tarikh tutup pendaftaran dan penyerahan kertas cadangan projek adalah pada atau sebelum 3 April 2020.

Hubungi Kami

Sekretariat SME Bank Y-Biz Challenge

Puan Norhamira Amir / Puan Shamiza Adila

Telefon: 03-2615 2002 / 03-2615 2111
Faks: 03-2698 1659
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Facebook: SME Bank Y-Biz Challenge

 

Applying for business financing is now easier with MySMEBank online application

APPLY NOW