PEMERKASA +
Siapakah yang layak memohon Bantuan Pembayaran Pembiayaan?
Senarai berikut boleh memohon Bantuan Pembayaran Pembiayaan seperti yang diumumkan oleh Kerajaan:
- Pelanggan individu yang kehilangan kerja.
- Pelanggan B40 yang juga penerima BSH atau BPR.
- Enterpris Mikro dengan pembiayaan kurang daripada RM150k.
- PKS dan Enterpris Mikro yang tidak dibenarkan beroperasi ketika memohon kerana Perintah Kawalan Pergerakan.
- Pelanggan termasuk golongan M40 dan T20 yang mengalami pengurangan pendapatan layak memohon untuk pengurangan pembayaran ansuran bulanan selaras dengan pengurangan yang dialami.
Apakah kriteria kelayakan?
- Pembiayaan diluluskan sebelum 1 Jun 2021.
- Akaun pembiayaan yang tiada tunggakan lebih dari 90 hari semasa tarikh permohonan.
- Untuk pelanggan B40/M40 – para pelanggan atau pasangan mereka disenaraikan sebagai penerima BSH/BPR.
Bilakah tarikh berkuatkuasa?
- Pelanggan yang layak boleh memohon bermula 1 Jun 2021.
Adakah saya akan dikenakan caj keuntungan/faedah bagi jumlah pembayaran yang ditangguhkan di bawah:
- Tempoh “Indulgence”
- Tempoh Bayaran Keuntungan
- Ya. Kadar keuntungan sedia ada akan dikekalkan.
Adakah CCRIS saya akan terjejas sekiranya saya memilih untuk memohon SRP SME Bank?
- Tidak, pembiayaan tidak akan dikod sebagai Penyusunan & Penjadualan Semula dalam CCRIS.
Adakah pihak Bank akan mengenakan sebarang yuran untuk saya menikmati kemudahan SRP?
- Tiada sebarang yuran dikenakan untuk SRP.
- Walau bagaimanapun, kos tambahan untuk Aqad Baru dan dokumentasi mungkin akan dikenakan untuk pertukaran dari segi syarat dan/atau jumlah kemudahan pembiayaan asal.
Adakah tempoh matang pinjaman/pembiayaan saya akan berubah, sekiranya saya memilih SRP?.
Berapakah jumlah ansuran baharu saya setelah berakhirnya tempoh SRP?
- Hasil daripada program “Indulgence” atau Bayaran Keuntungan, syarat asal mungkin berubah. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dalam Surat Pemberitahuan yang akan dikeluarkan.
Nota:
SME Bank akan mengumumkan butiran terperinci mengenai bentuk bantuan yang ditawarkan dalam sedikit masa lagi. Sila hubungi Pengurus Perhubungan anda atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 03-2603 7700 atau e-mel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan bantuan yang ditawarkan.