SME GO banner

SMEGoSub BM

90Days Biz Challenge 2022

SMEGoSub Eng

SME Go adalah sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi Kerajaan khusus untuk membantu kontraktor yang telah ditawarkan kontrak oleh Kerajaan Negeri atau Persekutuan, Kementerian, Jabatan atau Agensi. Kontrak akan dibiayai oleh SME Bank melalui:

  • MySMEBina untuk kontrak pembinaan atau infrastruktur dan/atau
  • MySMEBekal untuk kontrak pembekalan atau penyelenggaraan
Tujuan
  • Modal kerja
Kelayakan

Semua kontraktor G2 hingga G4 yang telah mendapat kontrak di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE 2020) atau Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) atau kontrak-kontrak lain yang telah diberi oleh Kerajaan Negeri atau Persekutuan, Kementerian, Jabatan atau Agensi.

  • Berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa/pejabat daerah (untuk Sabah dan Sarawak);
  • Berdaftar dengan Kementerian Kewangan atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) atau Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) atau badan pendaftaran atau perlesenan yang berkenaan;
  • Sekurang-kurangnya 51% pegangan saham dimiliki oleh warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia; dan
  • Tiada tindakan undang-undang terhadap syarikat atau mana-mana pengarah/ pemegang saham/ rakan kongsi/ pemilik/ penjamin di bawah mana-mana undang-undang di Malaysia.
Konsep Pembiayaan
  • Kredit Pusingan-i
Had Pembiayaan
  • Sehingga RM1.0 juta
Kadar Keuntungan
  • Modal Kerja: 7.0% setahun
Margin Pembiayaan
  • Modal Kerja: Sehingga 100% dari kos kontrak
Tempoh Pembiayaan
  • Mengikut kepada semakan tahunan. 
Cagaran
  • Ikatan serah hak hasil kontrak.
  • Sehingga 80% jaminan oleh SJPP
  • Jaminan bersesama dan berasingan oleh Ahli Lembaga Pengarah dan Pemegang Saham, atau Jaminan Korporat.
Takaful
  • Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.
Dokumen Diperlukan

Kontraktor perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan kad pengenalan untuk semua pengarah/ pemegang saham/ rakan kongsi/ pemilik/ penjamin.
  • Salinan pendaftaran perniagaan yang disahkan seperti SSM, pihak berkuasa tempatan, Kementerian Kewangan, CIDB dan PKK.
  • Dokumen kesetiausahaan yang diperakui (sebagai contoh Borang 24, Borang 49, M&A, yang mana berkenaan).
  • Surat Setuju Terima atau Inden Kerajaan.
  • Surat Ikatan Penyerahan Hak.
  • Kos projek terperinci.
  • Penyata akaun bank untuk 6 bulan terakhir yang disahkan.
  • Akaun beraudit terkini atau akaun pengurusan terkini.
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan pembiayaan yang diperlukan oleh pihak Bank.
Pegawai untuk Dihubungi

Jabatan Pembiayaan Kontrak

  • Muhammad Zafri Ismail Khan – 03 2615 2877
  • Nor Saidah Zakaria – 03 2616 7477
  • Siti Oriana Hamzah – 03 2615 2085
  • Hamizah Azhar – 03 2615 2939
  • Muhammad Afiq Mohamad Azmi – 03 2615 7465
  • Nursakinah Fasihah Abdul Malek – 03 2615 3905
  • Nurliyana Fazir – 03 2615 2189
  • Intan Zhafirah Jalani – 03 2615 2020 ext. 3308
  • Norasyikin Baharuddin – 03 2615 3835
  • Che Nur Rizqin Che Rani – 03 2615 7401
  • Fadzilah Mohd Yusof – 03 2615 2101

 

Fi & Caj

Klik untuk Fi & Caj

Lembaran Pendedahan Produk
Borang
Jangkamasa Kelulusan
Proses Jangkamasa Kelulusan
Keputusan Permohonan 4 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diserahkan kepada pihak Bank oleh Pelanggan
Pengeluaran Wang Jaminan Pendahuluan 2 hari bekerja selepas penerimaan surat tawaran Bank dan pelaksanaan ke atas semua dokumen sekuriti dan pematuhan kepada syarat-syarat yang ditetapkan di dalam surat tawaran Bank oleh Pelanggan.
Pengeluaran Wang pembiayaan 3 hari bekerja selepas menerima wang pendahuluan daripada kementerian/agensi dan penerimaan dokumen yang diperlukan untuk pengeluaran wang dan pematuhan kepada syarat-syarat yang ditetapkan untuk pengeluaran wang di dalam surat tawaran Bank oleh Pelanggan.
Pelepasan Pembiayaan 10 hari bekerja selepas penyelesaian penuh baki kemudahan Bank dan permohonan daripada Pelanggan.