Adakah anda masih lagi berurusan dan beroperasi secara manual?. Selaras dengan Belanjawan 2020, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) kini menawarkan geran kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) sebagai peluang untuk mendigitalisasikan perniagaan anda!
Ciri-Ciri Geran
- Amaun Geran sebanyak 50% atau maksimum RM 5,000 dari jumlah invois.
- Tawaran menarik untuk produk operasi digital dari senarai panel yang disenaraikan oleh MDEC.
- Skop pendigitalan yang luas:-
- Sistem Electronic Point of Sale (e-POS)
- Sistem Penggajian Sumber Manusia (HR)
- Pemasaran Digital / Jualan
- Perolehan
- Perakaunan & Cukai
Kelayakan
- Syarikat dimiliki oleh sekurang-kurangnya 60% warganegara Malaysia;
- Syarikat berdaftar di bawah Akta yang relevan di Malaysia;
- Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
- Bagi Syarikat yang baru beroperasi selama satu (1) tahun, Syarikat perlu mempunyai jumlah jualan tahunan minima sebanyak RM100,000.00 untuk tahun tersebut;
- Bagi Syarikat yang telah beroperasi melebihi dua (2) tahun, Syarikat perlu mempunyai jumlah jualan tahunan minima sebanyak RM50,000.00 untuk dua (2) tahun terkini secara berturut-turut.
Dokumen yang Diperlukan
- Borang permohonan Insiatif Pendigitalan PKS yang telah dilengkapkan
- Salinan kad pengenalan atau pasport Pemilik Tunggal / Pengarah / Rakan Kongsi, yang mana berkenaan.
- Salinan lesen pendaftaran syarikat (SSM/Borang A/B, Borang 24 & 49 dan M&A atau lain-lain borang seumpamanya di bawah Akta Syarikat 2016).
- Penyata kewangan beraudit untuk tahun terkini dan akaun pengurusan kewangan terkini (jika diperlukan) atau sebarang bukti perolehan jualan (jika diperlukan)
- Penyata bank syarikat untuk dua (2) bulan terkini.
- Profil Syarikat (jika ada)
- Invois/resit Pembayaran dan perjanjian perkhidmatan (Service Provider) daripada pembekal perkhidmatan pendigitalan yang disenaraikan oleh MDEC.
Cara Memohon
- Syarikat hendaklah berhubung dan melantik salah satu atau lebih panel Pembekal Perkhidmatan untuk melaksanakan mana – mana Perkhidmatan Pendigitalan (maksimum 3 panel)
- Syarikat hendaklah melengkapkan dan mengemukakan borang permohonan berserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan kepada mana – mana cawangan Bank.
- Setelah permohonan diluluskan, Syarikat perlu membayar jumlah perbezaan bagi keseluruhan invois selepas ditolak amaun subsidi yang diberikan di bawah Inisiatif dan mengemukakan bukti pembayaran kepada mana-mana cawangan Bank.
- Setelah bukti pembayaran dikemukakan, bergantung kepada keseluruhan jumlah invois, pihak Bank akan membuat pembayaran terus sebanyak 50% daripada keseluruhan jumlah invois atau sehingga RM5,000.00 kepada Pembekal Perkhidmatan secara penuh atau secara berperingkat mengikut budi bicara Bank.