Pertandingan Sandbox SME Bank 2023 adalah peluang untuk mengenal pasti idea perniagaan inovatif yang mempunyai impak sebenar kepada persekitaran, sosial dan ekonomi.
Ia adalah peluang bagi usahawan dan inovator untuk mempamerkan kreativiti mereka dalam mencipta penyelesaian yang unik kepada cabaran dunia hari ini. Peserta akan diminta untuk membentangkan idea perniagaan mereka yang seterusnya akan dinilai oleh panel pakar.
Idea yang terbaik akan menerima pengiktirafan dan berpotensi untuk dilaksanakan di dunia nyata dan membawa perubahan positif dalam kehidupan semua.
Pertandingan ini memerlukan peserta menghantar idea/model perniagaan yang berkaitan dengan SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Mampan, yang memfokuskan kepada masalah di Malaysia dalam bidang seperti tetapi tidak terhad kepada, Pertanian, Pengeluaran Makanan Mampan, Kitar Semula Makanan, Pembaziran Makanan, Kesihatan dan Keselamatan, Tenaga Boleh Diperbaharui (Alternatif), Penggunaan Tenaga Mampan, Pelancongan Mampan, Digitalisasi & IT Inklusi Sosial dan Kewangan.
7 Tema SDG-12 adalah:
12.2 |
Pengurusan mampan dan penggunaan sumber semula jadi secara efektif. |
12.3 |
Mengurangkan sisa makanan global per kapita di peringkat runcit dan pengguna serta mengurangkan kerugian makanan sepanjang rantaian pengeluaran dan bekalan, termasuk kerugian selepas tuaian. |
12.4 |
Mencapai pengurusan bahan kimia dan semua bahan buangan yang mesra alam sepanjang kitaran hayatnya, mengikut rangka kerja antarabangsa yang dipersetujui, dan mengurangkan secara ketara pelepasannya ke udara, air, dan tanah untuk meminimumkan kesan buruknyat terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar. |
12.5 |
Mengurangkan penjanaan sisa melalui pencegahan, pengurangan, kitar semula, dan penggunaan semula. |
12.7 |
Menggalakkan amalan perolehan awam yang mampan, selaras dengan dasar dan keutamaan negara. |
12.B |
Membangunkan dan melaksanakan alat untuk memantau kesan pembangunan mampan untuk pelancongan mampan yang mewujudkan peluang pekerjaan dan mempromosikan budaya dan produk tempatan. |
12.C |
Merasionalkan subsidi bahan api fosil yang tidak efisien bagi menggalakkan penggunaan yang membazirkan dengan menghapuskan gangguan pasaran, selaras dengan keadaan negara, termasuk dengan menstruktur semula percukaian dan menghapuskan subsidi yang memudaratkan itu secara berperingkat, di mana mereka wujud, untuk mencerminkan kesan alam sekitar mereka, mengambil kira sepenuhnya keperluan dan keadaan khusus negara membangun dan meminimumkan kemungkinan kesan buruk terhadap pembangunan mereka dengan cara yang melindungi golongan miskin dan komuniti yang terjejas. |
Dibawakan oleh:
Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad 49572-H
Menara SME Bank, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
Tel: +603 2615 2020