SME Bank

PENJANA Tourism Financing (PTF)  bertujuan untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mengekalkan keupayaan mereka dan membantu mereka membuat penyesuaian dan terus berdaya saing selepas negara pulih daripada COVID-19

Tujuan
  • Modal kerja dan/atau
  • Perbelanjaan modal
  • Sehingga 50% Pembiayaan semula *

Note : 50% daripada pembiayaan yang diluluskan boleh digunakan untuk membiayai semula pembiayaan perniagaan yang sedia ada (pembiayaan perniagaan sedia ada tidak termasuk pembiayaan diperoleh dari Tabung BNM untuk PKS).

Kelayakan
  • PKS Malaysia dalam sektor pelancongan teras dan sektor berkaitan pelancongan yang sama ada:
    • PKS menurut takrifan SME Corp Malaysia; atau
    • PKS yang dilesenkan oleh / berdaftar dengan MOTAC.
  • Sektor yang layak:
    • Pelancongan teras:
      • Premis penginapan pelancongan (cth. hotel bajet, inap desa berdaftar, chalet dan rumah peranginan);
      • Agensi pelancongan dan operator pelancongan; dan
      • Pengangkutan untuk pelancong (cth. operator bas, bot dan kereta sewa).
    • Sektor berkaitan pelancongan::
      • Pelancongan perubatan
      • Ekosistem Mesyuarat, Insentif, Persidangan, Pameran (Meetings, Incentives, Conferences, Exhibitions (MICE);
      • Perniagaan perkhidmatan kewangan – untuk pengendali pertukaran wang yang berurusan terutamanya dengan pelancong ke dalam dan ke luar negeri; dan
      • Perniagaan runcit, rekreasi dan kesihatan berkaitan pelancongan yang boleh membuktikan pergantungan mereka yang besar terhadap pelancong.
  • Penerima Kemudahan Bantuan Khas (Special Relief Facility, SRF) dan / atau Pembiayaan PKS PENJANA (PENJANA SME Financing, PSF) tidak layak untuk memohon PTF.
Konsep Pembiayaan
  • Pembiayaan Berjangka-i Komoditi Murabahah (CMTF-i).
  • Aliran Tunai-i.
  • Pembiayaan Ijarah Thummal Bai’ (ITB).
Had Pembiayaan
  • Sehingga RM300,000 setiap PKS.
Kadar Pembiayaan
  • 3.5% setahun (termasuk yuran jaminan).
Margin Pembiayaan
  • Mesin/Peralatan: Sehingga 80%.
  • Modal Kerja: Sehingga 100%.
Tempoh Pembiayaan
  • Sehingga 7 tahun termasuk 6 bulan moratorium.
Cagaran
  • Sehingga 80% jaminan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).
  • Jaminan peribadi, jaminan bersama dan berasingan / jaminan korporat.
  • Tiada cagaran lain akan dikenakan untuk pembiayaan ini.
Takaful
  • Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.
Required Documents for Online Application
  • Past Financial Statement available (Latest Management Account); OR latest 6 months bank’s statements
  • Copy of NRIC (Customer and/or partners)
  • Business Registration Document
  • Trading License (for businesses operating in Sabah & Sarawak)
  • Partnership Mandate Letter
Fi & Caj

Klik untuk Fi & Caj

Lembaran Pendedahan Produk