SME Bank

Notis Perlindungan Data Peribadi

SMALL MEDIUM ENTERPRISE DEVELOPMENT BANK MALAYSIA BERHAD

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

AM

Notis Perlindungan Data Peribadi ini (“Notis”) telah disediakan kepada anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”). Notis ini memaklumkan kepada anda:

Apakah jenis data peribadi yang kami kumpul daripada anda

Data peribadi yang kami kumpul daripada anda termasuk:

  • Butir-butir pengenalan diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan atau pasport, jantina, kewarganegaraan, tarikh lahir, umur, kaum, taraf perkahwinan atau kelulusan pengajian/akademik;
  • Butir-butir hubung anda seperti alamat (rumah, pejabat atau hantaran bil), e-mel, nombor telefon, butir-butir hubungan lain yang yang diberikan kepada kami dari semasa ke semasa;
  • Butir-butir penggajian anda seperti nama majikan anda, jawatan anda, skop pekerjaan atau pendapatan;
  • Butir-butir suami/isteri atau tanggungan seperti nama, nombor kad pengenalan atau pasport, alamat atau kelulusan pelajaran;
  • Data peribadi individu-individu lain seperti butir-butir berkenaan pengarah-pengarah, pemegang-pemegang saham atau pekerja-pekerja; dan
  • Data peribadi lain yang mungkin diperlukan sebagai tambahan semasa anda berurusan dengan kami atau melawat premis-premis kami.

Data peribadi yang diminta oleh kami daripada anda mungkin bersifat wajib atau sukarela (bergantung kepada produk atau perkhidmatan). Ruang yang wajib diisi dengan data peribadi akan ditandakan sedemikian dalam medium yang digunakan untuk mengumpul data peribadi anda. Jika anda memilih untuk tidak mengemukakan sebarang data peribadi wajib seperti yang dikehendaki atau menarik balik persetujuan untuk memproses sebarang data peribadi yang wajib, anda setuju bahawa kami berhak untuk menghentikan pemberian sebarang produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan tanpa sebarang liabiliti oleh kami kepada anda (walau apa pun perjanjian antara anda dengan kami) [Sila rujuk bahagian bertajuk ‘Apakah hak-hak dan pilihan anda?’]

Bagaimana kami mengumpul data peribadi anda

Secara terus daripada anda

Kami mengumpul data peribadi yang anda kemukakan kepada kami apabila anda menggunakan sebarang produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami, laman(-laman) web kami atau apabila anda menghubungi kami. Ini termasuk data peribadi yang anda kemukakan apabila anda:

  • berurusan dengan kami untuk sebarang produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan atau di bawah sebarang perjanjian;
  • mengemukakan sebarang borang permohonan bersama dokumen-dokumen sokongan;
  • berhubung dengan kami melalui telefon, e-mel, surat-menyurat, faksimili atau secara peribadi;
  • mengambil bahagian dalam tinjauan-tinjauan pelanggan, pertandingan-pertandingan dan promosi-promosi kami; dan
  • menggunakan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan kami atau melawat premis-premis kami.

Apabila anda menggunakan laman web kami
Kami mungkin mengumpul data peribadi anda secara automatik apabila anda melawat laman(-laman) web kami. Ini termasuk:

  • Maklumat mengenai penggunaan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami oleh anda, sebagai contoh jenis browser, sistem operasi, platform, alamat IP, cookies, bahasa dan kawasan lokasi anda.
  • Carian yang dibuat melalui laman(-laman) web kami, halaman-halaman dan iklan-iklan yang dilihat oleh anda serta pautan (link) yang anda klik semasa menggunakan laman(-laman) web kami.
  • Maklumat-maklumat yang dikumpul melalui penggunaan ‘cookies’. ‘Cookies’ adalah maklumat-maklumat kecil yang disimpan secara automatik pada ‘browser’ web dalam komputer seseorang yang boleh ditemu kembali oleh laman web tersebut. Maklumat-maklumat tersebut, seperti contoh,mungkin termasuk kata laluan pengguna yang disimpan supaya ianya tidak perlu ditaip semula untuk lawatan ke laman web tersebut yang berikutan. Sekiranya anda ingin untuk menghentikan ‘cookies’, anda boleh melakukanya dengan menukar ketetapan (settings) pada ‘browser’ anda.

Daripada pihak ketiga
Kami mungkin mengumpul data peribadi anda daripada pihak ketiga. Ini termasuk:

  • Dari sumber dalam urusan perniagaan perbankan yang biasa, sebagai contoh, mana-mana biro-biro atau agensi-agensi dibawah Bank Negara Malaysia atau pihak berkuasa lain, Persatuan Bank-Bank di Malaysia, sebarang agensi laporan kredit berdaftar atau institusi-institusi kewangan lain.
  • Daripada pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik oleh kami, sebagai contoh, agensi pekerjaan swasta atau agensi-agensi pengutip hutang.
  • Apabila kami mendapat kebenaran untuk bayaran yang anda lakukan menggunakan kad kredit atau debit atau untuk melaksanakan pemeriksaan kredit atau fraud.
  • Apabila kami berurus niaga atau membuat perjanjian dengan sesebuah entiti korporat, entiti korporat itu mungkin akan memberi data peribadi anda yang berkaitan dengan urus niaga atau perjanjian tersebut. Sebagai contoh, anda mungkin merupakan seorang pengarah, pemegang saham atau pekerja entiti korporat tersebut.

Mengapa kami mengumpul data peribadi anda

 Data peribadi anda digunakan bagi tujuan-tujuan berikut:

  • Untuk menawarkan kepada anda produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang anda telah minta atau untuk memproses sebarang permohonan, pertanyaan atau sebaliknya sebarang komunikasi daripada anda kepada kami.
  • Untuk memaklumkan kepada anda mengenai sebarang produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, tawaran-tawaran atau promosi-promosi yang kami atau rakan kongsi perniagaan kami telah pilih dan percaya akan menarik minat anda [Sila rujuk bahagian bertajuk ‘Kepada siapa kami menzahirkan data peribadi anda?’ dan ‘Maklumat penting mengenai “opting in” ’].
  • Untuk menyelia akaun-akaun atau kemudahan-kemudahan anda dengan kami.
  • Untuk mengesahkan keadaan kewangan anda melalui rujukan kredit/semakan untuk laporan atau untuk sebarang tujuan audit, perundangan, pematuhan dan penilaian risiko.
  • Untuk mencegah, menyiasat atau untuk melapor sebarang fraud, jenayah dan sebarang kewajipan lain yang diperuntukan di bawah undang-undang.
  • Untuk mematuhi sebarang keperluan untuk membuat penzahiran yang dikenakan terhadap kami, anak-anak syarikat kami, syarikat-syarikat bersekutu kami, atau pengarah-pengarah, pemegang-pemegang saham, pihak pengurusan kami atau perunding profesional kami.
  • Untuk menyediakan sebarang statistik, analisa atau laporan dalaman untuk tujuan analisa atau ‘data mining’ urusniaga-urusniaga anda bersama kami, untuk menambah baik produk-produk/perkhidmatan-perkhidmatan kami dan untuk menghasilkan produk-produk/perkhidmatan-perkhidmatan yang baru.
  • Untuk mematuhi sebarang peruntukan undang-undang, perintah mahkamah atau tribunal atau sebarang arahan daripada pihak kerajaan atau pihak berkuasa berkanun.
  • Untuk melindungi atau menguatkuasa hak-hak undang-undang kami, termasuk untuk mendapat kembali sebarang hutang yang terhutang oleh anda kepada kami atau untuk menyerahhak hak-hak, kepentingan-kepentingan dan kewajipan-kewajipan kami di bawah sebarang perjanjian dengan anda.

Kepada siapa kami menzahirkan data peribadi anda

 Data peribadi anda secara amnya tidak akan dizahirkan untuk sebarang tujuan selain dari tujuan ianya dikumpul. Walaubagaimanapun, mungkin wujud keadaan di mana data peribadi anda akan dizahirkan kepada pihak-pihak ketiga (yang mungkin berada di dalam atau di luar Malaysia), termasuk kepada anak-anak syarikat atau syarikat-syarikat bersekutu kami [Sila rujuk bahagian bertajuk ‘Maklumat penting mengenai “opting in”’].

Beberapa produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami diberikan melalui usaha sama dengan pihak-pihak ketiga yang tertentu. Kami perlu menzahirkan data peribadi anda kepada mereka untuk memberikan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut kepada anda. Ini mungkin melibatkan institusi-institusi kewangan yang lain, pedagang (merchant) atau pihak yang mengendali pemindahan dana elektronik.

Kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan pihak ketiga lain dalam urusan peniagaan perbankan yang biasa, sebagai contoh, bank pengeluar (drawee bank) mengeluarkan satu salinan cek yang telah dibayar kepada penerima bayaran, sesiapa yang membuat bayaran kepada akaun pelanggan, institusi-institusi kewangan pihak ketiga, ahli insuran/takaful, syarikat-syarikat kad kredit atau pihak-pihak yang memberi perkhidmatan sekuriti atau pelaburan.

Kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan pihak ketiga yang dipilih secara teliti supaya mereka boleh menawarkan kepada anda maklumat mengenai produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda [Sila rujuk bahagian bertajuk ‘Maklumat penting mengenai“opting-in”’].

Kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan mana-mana pihak ketiga yang kami mempunyai kewajipan untuk membuat penzahiran di bawah sebarang peruntukan undang-undang atau seperti yang dikehendaki oleh mana-mana pihak berkuasa berkanun.

Kami juga mungkin berkongsi data peribadi anda dengan pihak ketiga tertentu yang dilantik oleh kami untuk melaksanakan fungsi perniagaan kami atau apa-apa perkhidmatan-perkhidmatan yang lain, sebagai contoh, mana-mana ejen, kontraktor, peguambela dan peguamcara, pelelong, jurunilai, akauntan atau juruaudit.

Kami mungkin menzahirkan data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga bagi tujuan penyusunan semula sebarang kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada anda, penjualan hutang, pengambilalihan atau penjualan mana-mana syarikat oleh kami.

Apakah hak-hak dan pilihan anda

Anda boleh meminta butir-butir mengenai segala data peribadi anda yang disimpan oleh kami atau membuat pembetulan atau untuk mengemaskini data peribadi tersebut dengan melengkapkan Borang Permohonan Akses Data Peribadi atau Borang Permohonan Pembetulan Data Peribadi kami dan menyerahkannya kepada Pegawai Khidmat Pelanggan kami [Sila rujuk bahagian bertajuk ‘Pertanyaan’]. Borang Permohonan Akses Data Peribadi dan Borang Permohonan Pembetulan Data Peribadi boleh dimuat turun dari laman web kami di www.smebank.com.my atau boleh diperolehi dari mana Pusat-pusat Enterpris kami. Kami mungkin mengenakan fi yang diperuntukan dibawah PDPA terhadap anda untuk sebarang permohonan akses data. Fi pemprosesan untuk permohonan akses data adalah termasuk yang berikut:

  • Permohonan Akses Data bersama salinan: RM10
  • Permohonan Akses Data tanpa salinan: RM2

Fi yang diperuntukkan tersebut boleh disemak semula dari semasa ke semasa.

Kami akan berusaha untuk mematuhi permohonan akses data atau permohonan pembetulan data dalam jangka masa 21 hari dari tarikh kami menerima permohonan anda yang lengkap dengan semua butir-butir yang dikehendaki dan fi pemprosesan yang diperuntukkan yang disebut di atas (hanya untuk Permohonan Akses Data Peribadi) atau dalam tempoh masa yang lain yang diperuntukkan di bawah PDPA. Harap maklum bahawa hak untuk akses dan membuat pembetulan data peribadi anda adalah tidak mutlak dan tertakluk kepada PDPA.

Apabila anda memohon untuk akses atau pembetulan sebarang data peribadi yang disimpan oleh kami, kami mungkin akan meminta maklumat seperti nama anda, nombor kad pengenalan, alamat, dan maklumat-maklumat berkaitan yang lain untuk mengesahkan identiti anda. Kami berhak untuk menahan akses kepada data peribadi anda atau menolak untuk membetulkan data peribadi anda di mana kami tidak dapat mengesahkan identiti anda, di mana maklumat yang dipohon adalah sulit atau sekiranya kami menerima permohonan yang berulang kali bagi maklumat yang sama. Dalam sebarang keadaan, kami akan memaklumkan kepada anda sebab-sebab mengapa kami tidak dapat memenuhi permohonan anda.

Sekiranya terdapat sebarang penukaran kepada data peribadi anda, ianya adalah tanggungjawab anda untuk memaklumkan kepada kami mengenai penukaran tersebut.

Anda boleh menghadkan atau menarik balik persetujuan anda kepada kami untuk memproses data peribadi anda dengan menghantar suatu notis bertulis kepada Pegawai Khidmat Pelanggan kami [Sila rujuk bahagian bertajuk ‘Pertanyaan’]

Maklumat penting mengenai opting-in
Kami hanya akan berkongsi data peribadi anda dengan mana-mana pihak ketiga berkenaan dengan sebarang produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan jika anda telah:

  • Memberi persetujuan anda kepada kami dengan menghubungi kami melalui butir-butir hubungan yang tertera di bahagian bertajuk ‘Pertanyaan’
  • Dengan menanda kotak ‘opt-in’ di dalam sebarang medium yang digunakan untuk mengumpul data peribadi anda.
  • Di mana anda telah memberikan persetujuan anda melalui laman(-laman) web kami.

Dimana kami simpan dan proses data peribadi anda

 Kami secara amnya menyimpan dan memproses data peribadi anda di Malaysia. Walau bagaimana pun, data peribadi yang kami kumpul mengenai anda mungkin diproses, dipindah, atau disimpan di suatu destinasi di luar Malaysia.

Anda boleh yakin bahawa kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi data peribadi anda menurut Notis ini walau pun data peribadi anda diproses, dipindah atau disimpan di suatu destinasi di luar Malaysia.

Berapa lama kami menyimpan data peribadi anda

  Kami akan menyimpan data peribadi anda:

  • Untuk tempoh masa yang perlu untuk kami memberikan kepada anda produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami yang telah dibeli atau diminta oleh anda atau dalam melaksanakan sebarang perjanjian dengan anda;
  • Bagi tujuan pemasaran untuk memberikan kepada anda maklumat mengenai produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang kami atau rakan kongsi perniagaan pihak ketiga kami telah pilih dan percaya akan menarik minat anda [Sila rujuk bahagian bertajuk ‘Apakah hak-hak dan pilihan anda?’ dan ‘Maklumat penting mengenai “opting-in”’];
  • Kami mungkin menyimpan rekod sebarang urus niaga anda dengan kami selama enam (6) tahun supaya kami boleh bertindak balas terhadap sebarang aduan atau pertikaian yang mungkin timbul. Di mana rekod-rekod tersebut menjadi hal perkara siasatan atau prosiding perundangan atau ianya adalah dijangkakan secara munasabah akan menjadi hal perkara siasatan atau prosiding perundangan, kami akan menyimpan data peribadi tersebut untuk tempoh masa yang lebih lama.
  • Kami akan menyimpan data peribadi anda untuk selama yang diperlukan untuk mematuhi sebarang peruntukan undang-undang atau menurut sebarang arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa berkanun.

Bagaimana kami memastikan data peribadi anda selamat

Kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa data peribadi anda yang disimpan oleh kami dilindungi daripada sebarang kehilangan, salah guna, ubah suaian, akses atau penzahiran tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan.

Laman(-laman) web kami mungkin mempunyai pautan kepada laman-laman web lain yang dikawal oleh pihak ketiga. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi laman-laman web yang lain tersebut. Kami tidak bertanggungjawab terhadap bagaimana syarikat-syarikat atau organisasi-organisasi yang lain ini mengumpul, mengguna, menzahir, atau melindungi maklumat yang anda beri kepada mereka. Notis ini hanya terpakai secara khusus kepada maklumat yang dikumpul oleh laman(-laman) web yang dikawal selia oleh kami. Jika anda memilih untuk mengakses laman web pihak ketiga yang dipautkan kepada laman(-laman) web kami, anda melakukannya atas risiko anda sendiri dan tertakluk kepada sebarang syarat-syarat perkhidmatan atau polisi privasi (sekiranya ada) yang berkaitan dengan laman-laman web pihak ketiga tersebut.

Pertanyaan

Anda boleh menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami di butir-butir hubungan di bawah bagi tujuan-tujuan yang berikut:

  • Untuk sebarang pertanyaan atau aduan mengenai data peribadi anda;
  • Untuk menyerahkan Borang Permohonan Akses Data Peribadi atau Borang Permohonan Pembetulan Data Peribadi yang lengkap; dan
  • Untuk melaksanakan mana-mana pilihan lain yang diberikan kepada anda di bawah Notis ini.

Pegawai Khidmat Pelanggan
Alamat – Tingkat 10, Menara SME Bank, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Nombor Tel : 03-2603 7700
Nombor Faks : 03-2691 0727
Alamat E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Notis Privasi ini telah dikemaskinikan pada: 5 Mei 2014

Notis ini diterima pakai secara am untuk Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (termasuk kesemua anak-anak syarikatnya dan syarikat-syarikat bersekutu (kesemuanya dirujuk sebagai “SME Bank”)). Walau bagaimana pun, mungkin terdapat keadaan-keadaan dimana notis perlindungan data peribadi lain akan terpakai untuk urus niaga yang tertentu. Dalam keadaan-keadaan tersebut, kami akan memaklumkan kepada anda dengan sewajarnya.

Sila baca terma-terma Notis ini dengan teliti sebelum mengemukakan sebarang data peribadi kepada kami. Dengan mengemukakan data peribadi anda atau dengan menggunakan produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan kami atau dengan berbuat demikian secara berterusan, anda memaklumkan kepada kami bahawa anda memberi izin dan setuju kepada terma-terma dan syarat-syarat Notis ini dan sebarang penyemakan atau pindaan yang dibuat dari semasa ke semasa.

Jika anda mengemukakan sebarang data peribadi berkenaan orang lain, sebagai contoh, rakan kongsi, penjamin, majikan, suami/isteri atau tanggungan anda, anda memberi jaminan bahawa anda telah mendapatkan persetujuan individu-individu tersebut untuk mengemukakan data peribadi mereka kepada kami dan mengaku janji untuk menyampaikan sesalinan Notis ini kepada individu-individu tersebut.

Notis kami mungkin disemak semula atau dipinda dari semasa ke semasa dan sekiranya terdapat apa-apa pindaan, ianya akan dipaparkan di laman(-laman) web kami atau melalui sebarang cara komunikasi yang dianggap sesuai oleh kami.

 

TAWARAN KAMI

MySMEBina

MySMEBina

MySMEBina is a financing programme for construction and infrastructure projects awarded by Federal Government, State Government, Government Link Companies (GLCs) and its subsidiaries.
Read More

MySMEBekal

MySMEBekal

MySMEBekal is a complete short term financing programme to supply or maintain the contract awarded by Federal Government, State Government, Government Agencies, Government Link Companies (GLC) and its subsidiaries.
Read More
Supplementary Renewed Facility <br />(i-SURF)

Supplementary Renewed Facility
(i-SURF)

i-SURF is an automatic additional financing of working capital for SME Bank’s existing customers who have collateral of property and / or Sijil Pelaburan Am Mudharabah/ Fixed Deposit charged/ pledged to the bank and have shown good repayment records.
Read More
i-Pembiayaan Premis Perniagaan

i-Pembiayaan Premis Perniagaan

With i-3P, you can purchase or refinance business premises and at the same time secure working capital for your business growth.
Read More
  • MED agensi agensi agensi agensi agensi agensi agensi agensi agensi agensi
  • agensi agensi agensi agensi agensi agensi