Shah Alam Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperkenalkan konsep ‘Payung ’ dengan peruntukan RM5 juta bagi membantu usahawan merancakkan pengeluaran produk tempatan . Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata, bagi permulaan sejumlah dana tersebut diperuntukkan melalui Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) yang dilaksana dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Source: Harian Metro, 5 August 2022