KUALA LUMPUR: 30 Jun 2020 – SME Bank memperuntukan dana sehingga RM2.1 bilion untuk Skim SME Go dan program Dana SME Transformasi Teknologi PKS (STTF) berikutan mandat yang diberikan oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk merangsang kegiatan ekonomi di kalangan PKS tempatan semasa pengumuman PENJANA pada 5 Jun 2020.

YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) berkata, “Peruntukan RM2.1 bilion yang disediakan oleh SME Bank ini dijangka akan membantu menggerakkan semula aktiviti pembinaan di kalangan kontraktor G2 dan G3 dan meningkatkan penggunaan teknologi IR 4.0 yang kini telah menjadi kebiasaan.”

Aria Putera Ismail, Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank berkata, “Program pecutan dua tahun SME Bank yang merangkumi transformasi digital yang dimulakan pada tahun 2019 telah meletakkan SME Bank di posisi terbaik untuk melaksanakan mandat serta menyokong inisiatif-inisiatif utama Kerajaan membantu melestarikan usahawan PKS semasa pendamik COVID-19 ini.”

Berikut adalah maklumat terperinci berkenaan Skim SME Go dan STTF yang akan mula ditawarkan pada 1 Julai 2020:

Butiran

Skim SME Go

STTF

Jumlah Peruntukan

RM1.6 bilion.

RM500 juta.

Sasaran Penerima

16,000 kontraktor G2 dan G3.

PKS sektor perkhidmatan dan pembuatan.

Tujuan Pembiayaan

Pembiayaan modal kerja sewaktu peringkat pra-pelaksanaan kontrak pembinaan atau pembekalan atau penyelenggaraan yang ditawaran oleh Kerajaan Pusat atau Negeri, Kementerian, Jabatan atau Agensi Kerajaan.

Pembelian peralatan, mesin, perkakasan dan perisian komputer, penyelesaian dan perkhidmatan teknologi maklumat, perkhidmatan sokongan teknologi dan lain-lain aset tidak ketara untuk tujuan meningkatkan kecekapan,produktiviti dan meningkatkan penembusan pasaran.

Margin Pembiayaan

Sehingga 100% daripada kos kontrak.

Sehingga 80% daripada kos pembelian (Maksimum sehingga RM3 juta)

Cagaran

Tiada cagaran pendahuluan diperlukan tetapi Bank berhak ke atas hasil kontrak daripada pemberi kontrak.

Aset yang dibeli akan diambil sebagai cagaran kepada Bank.

Pihak Bank akan mendapatkan skim jaminan daripada Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) atau Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).

Wang Jaminan Pendahuluan

Bank akan mengeluarkan Wang Jaminan Pendahuluan (WJP) pada kadar 25% daripada nilai kontrak atau RM100,000, yang mana lebih rendah.

Tidak berkaitan.

Kadar Keuntungan

7.0% setahun

4.0% setahun (termasuk yuran jaminan)

Cara Pengeluaran Pembiayaan

Pengeluaran pembiayaan akan dibuat secara terus kepada pembekal atau sub-kontraktor setelah pengesahan terhadap invois atau tuntutan yang dikemukakan kepada pihak Bank.

Pengeluaran pembiayaan akan dibuat secara terus kepada pembekal atau vendor setelah pengesahan terhadap invois yang dikemukakan kepada pihak Bank.

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan Pembiayaan Skim SME Go, STTF dan lain-lain kemudahan yang ditawarkan oleh SME Bank, sila hubungi pusat panggilan pelanggan di talian 03-26037700 atau layari laman web rasmi SME Bank di www.smebank.com.my.

 

Applying for business financing is now easier with MySMEBank online application

APPLY NOW