KUALA LUMPUR: 16 Mac 2020 – SME Bank, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), kini menawarkan pembiayaan khas maksimum sehingga RM1.0 juta kepada syarikat PKS yang terjejas akibat wabak COVID-19 melalui dana Kemudahan Bantuan Khas (SRF) yang diperuntukkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, “Pembiayaan yang ditawarkan adalah dalam bentuk pembiayaan modal kerja dan ditawarkan bermula 6 Mac 2020 sehingga 31 Disember 2020. Tempoh pembiayaan adalah untuk 5 tahun dengan kadar keuntungan yang kompetitif iaitu 3.75% setahun dan tanpa cagaran.”      

Aria Putera Ismail, Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif dalam kenyataan berkata, “Selain kemudahan pembiayaan SRF ini, SME Bank sejak awal Februari 2020 juga turut menyediakan penangguhan sementara komitmen pembiayaan untuk para pelanggannya yang layak. Bantuan penangguhan ini akan membolehkan pelanggan-pelanggan Bank mengurus semula aliran tunai sekali gus menjamin kelangsungan operasi perniagaan. Sejak dilancarkan pada 6 Februari lalu, sebanyak 95 buah syarikat PKS telah memohon dan sedang dinilai untuk mendapatkan bantuan penangguhan tersebut.”

Syarikat PKS yang terkesan dengan wabak ini boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank di talian 03 - 2603 7700 atau layari laman web www.smebank.com.my atau kunjungi cawangan terdekat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan pembiayaan SRF atau bantuan penangguhan sementara ini.

Applying for business financing is now easier with MySMEBank online application

APPLY NOW