KUALA LUMPUR: 2 Mac 2019 – SME Bank, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan telah merancakkan sektor pelancongan negara dengan melancarkan Tabung Khas Pelancongan (SFT3) melalui kerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Dana berjumlah RM500 juta ini telah diumumkan oleh kerajaan sewaktu pembentangan Bajet 2019.

Pembiayaan SFT3 ini boleh digunakan untuk projek-projek pelancongan yang dipromosikan oleh kerajaan, membina atau menaik taraf bangunan-bangunan pelancongan dan bersejarah, perkhidmatan pengangkutan, pembinaan resort dan menyediakan produk atau perkhidmatan berasaskan pelancongan serta pengambilalihan perniagaan atau asset pelancongan termasuk penebusan pembiayaan. Selain daripada itu, SFT3 juga telah memasukkan industri kraftangan dan inap desa ke dalam senarai perniagaan yang layak untuk memohon pembiayaan.

Untuk memastikan SFT3 lebih menarik dan mencapai matlamatnya, kerajaan turut memberi subsidi tambahan sebanyak 2% daripada kadar keuntungan yang dikenakan bagi membantu mengurangkan kos perniagaan usahawan PKS sektor pelancongan.

Aria Putera Ismail, Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank berkata, “Dana ini telah mula disalurkan sejak dari tahun 2002 lagi melalui Tabung Khas Pelancongan dan setakat 31 Disember 2018, SME Bank telah meluluskan pembiayaan bernilai RM2.0 bilion kepada 478 syarikat.”

Industri pelancongan merekodkan sumbangan sebanyak 14.9 peratus atau bersamaan RM201.4 bilion kepada pertumbuhan ekonomi negara pada 2017 berbanding 12.8 peratus pada 2012. Ini menunjukkan trend peningkatan sejak 2012 dan ianya berkembang pesat dengan kadar purata pertumbuhan tahunan 5.69 peratus dalam tempoh enam tahun.

Pelancong dari rantau Asia masih lagi menjadi tiga penyumbang terbesar kepada jumlah keseluruhan kemasukan pelancong asing ke Malaysia iaitu sebanyak 25.9 juta pada tahun 2017 yang terdiri daripada Singapura diikuti oleh Indonesia dan China. Kerajaan telah mensasarkan kemasukan sebanyak 30 juta pelancong asing ke Malaysia yang akan menyumbang hasil matawang asing sebanyak RM100 bilion kepada ekonomi negara menjelang tahun 2020.

SME Bank dengan bantuan Kerajaan telah menyediakan pelbagai produk yang terdiri daripada dana-dana dan tabung yang khusus untuk membantu para usahawan dari memulakan perniagaan hinggalah mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat global. Sejak penubuhannya pada tahun 2005, SME Bank telah meluluskan pembiayaan berjumlah kira-kira RM30 bilion kepada lebih 17,000 pelanggan.

Melalui program Upward Migration SME Bank pula, lebih 1,200 usahawan PKS telah berjaya mempertingkatkan perniagaan masing-masing ke tahap yang lebih tinggi. Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn. Bhd. atau CEDAR, anak syarikat milik penuh SME Bank pula telah berjaya melatih hampir 36,000 usahawan dalam pelbagai program pembangunan PKS.

Applying for business financing is now easier with MySMEBank online application

APPLY NOW
custom_html
HUBUNGI KAMI
Hubungi Kami:
Menara SME Bank,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Tel: +603 2603 7700