SMEBank innerpage NewsandMedia

KUALA LUMPUR: 29 Julai 2022 – Usahawan PKS yang mencari penyelesaian mengenai keperluan pembiayaan dan pembangunan perniagaan mereka, kini boleh mendapatkan pelbagai pilihan lengkap di SME Bank XCESS 2022, acara padanan perniagaan nasional berbentuk hibrid yang bakal berlangsung pada 11 Ogos di World Trade Centre, Kuala Lumpur.

Dato’ (Dr.) Aria Putera Ismail, Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank berkata, “Program padanan perniagaan tahunan ini berbeza daripada edisi sebelumnya dengan kehadiran rakan perdagangan dan PKS antarabangsa yang turut menyertai program kali ini.”

Dato’ Aria menambah, “PKS tempatan akan dapat berhubung dan meneroka secara langsung dengan mereka mengenai kemungkinan untuk menjadi pembekal, pengimport atau rakan kongsi perniagaan. Usaha ini dijangka akan dapat mewujudkan jangkauan pasaran yang lebih luas untuk usahawan kita.”

SME Bank XCESS 2022 menawarkan peluang kepada peserta untuk mendapatkan akses kepada pelbagai pakej pembiayaan daripada SME Bank serta agensi lain di bawah Kementerian (KUSKOP), penyertaan dalam Program Umbrella SME Bank, Program Pembangunan Vendor, Assets Link, Perkhidmatan Takaful dan HalalXcess.

Selain itu, Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn. Bhd. (CEDAR) anak syarikat milik penuh SME Bank juga akan turut menawarkan pelbagai program pembangunan yang dibentuk untuk menyokong pertumbuhan PKS di negara ini. Sehingga kini, CEDAR telah melatih dan membimbing 68,599 orang peserta dalam pelbagai program latihan keusahawanan.

SME Bank XCESS 2022 terbuka kepada semua usahawan. Disebabkan kapasiti terhad, kehadiran fizikal adalah berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’ dan tiada had untuk peserta atas talian. Mereka yang berminat untuk menyertai dikehendaki mendaftar di www.smebankxcess2022.com. Sebagai alternatif, pendaftaran boleh dibuat melalui laman web SME Bank di www.smebank.com.my, platform media sosial SME Bank atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di 03-2603 7700.

 

 

 

Applying for business financing is now easier with MySMEBank online application

APPLY NOW
custom_html
HUBUNGI KAMI
Hubungi Kami:
Menara SME Bank,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Tel: +603 2603 7700