KUALA LUMPUR: 19 Disember 2021 – Berikutan bencana banjir yang melanda negara ketika ini, semua pelanggan SME Bank yang terkesan akan diberi bantuan mengikut keperluan perniagaan masing-masing untuk menjadikan penyaluran bantuan yang lebih berkesan dapat ditawarkan.
Pelanggan-pelangan SME Bank boleh menghubungi Pegawai Perhubungan masing-masing untuk pertanyaan lanjut berkenaan akaun pembiayaan anda dan yang berkaitan dengannya. Sebagai pilihan, anda juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan SME Bank di talian 03-2603 7700 atau e-mel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Sebelum ini SME Bank telah menawarkan pelbagai bantuan kepada pelanggannya melalui program PRIHATIN, PENJANA, PEMERKASA dan PEMULIH yang diumumkan oleh Kerajaan di samping pelbagai program dalaman SME Bank sendiri.