SMEBank innerpage NewsandMedia

KUALA LUMPUR: 16 Disember 2021 – Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) hari ini melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi SME Bank 2020-2024 (SME Bank OACP) yang telah dibangunkan dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia. Inisiatif yang menyokong agenda antirasuah Kerajaan menerusi Pelan Antirasuah Nasional (NACP) dan Pelan Antirasuah Organisasi Kementerian Pembangunan Usahawan dam Koperasi (MEDAC) ini merupakan komitmen SME Bank dalam memerangi jenayah rasuah dan salah laku integriti.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) YB Tan Sri Noh Haji Omar, sewaktu melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi SME Bank berkata, “MEDAC merupakan antara 27 badan kerajaan yang bertanggungjawab dalam memastikan aspek integriti dan antirasuah menjadi tonggak utama dalam pengagihan dana-dana pembiayaan dan penganjuran program pembangunan usahawan.”

Tambah Tan Sri Noh, “Sebagai agensi peneraju bagi inisiatif 2.4.8 iaitu memberi penekanan kepada aspek integriti dan antirasuah dalam program pendidikan keusahawanan, adalah menjadi matlamat Kementerian untuk menyemarakkan budaya antirasuah di peringkat tertinggi sehingga ke agensi-agensi di bawahnya.”

Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, “Selaras dengan arahan yang dinyatakan dalam NACP, SME Bank OACP telah dibangunkan berdasarkan inisiatif mandatori di bawah Strategi 2 NACP iaitu memperkukuhkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dalam sektor awam.”

Aria menambah, “Dengan adanya SME Bank OACP ini, SME Bank juga akan mempertingkatkan aspek penilaian wajar (due diligence) dalam pelaksanaan setiap tugasan terutamanya dalam memproses dan memberi kelulusan permohonan yang dikemukakan oleh usahawan PKS. Selain meningkatkan kecekapan dan produktiviti, amalan baik ini juga akan memastikan tiada PKS yang tidak mendapat bantuan atau mendapat bantuan yang tidak setimpal.”

Berpandukan pelan ini, SME Bank akan mengambil tindakan menyeluruh dalam membangunkan sistem pengurusan antirasuah untuk menjadi sebuah organisasi yang bebas rasuah, berintegriti dan membudayakan tadbir urus yang baik. Pelan lima tahun SME Bank OACP ini mengandungi 22 pelan tindakan yang akan merangkumi lima bidang keutamaan iaitu perolehan, pentadbiran, operasi, integriti dan tadbir urus.

Pada ketika ini, SME Bank berada di peringkat pelaksanaan dan pemantauan terhadap inisiatif yang terdapat dalan SME Bank OACP. Pihak Bank juga sedang giat menjalankan inisiatif ke arah pensijilan MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti-Rasuah atau lebih dikenali sebagai ABMS dan dijangka akan diperoleh pada penggal ketiga tahun 2022.

Majlis pelancaran SME Bank OACP ini telah dihadiri oleh YB Tan Sri Noh Hj. Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan YB Muslimin Yahaya, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Applying for business financing is now easier with MySMEBank online application

APPLY NOW
custom_html
HUBUNGI KAMI
Hubungi Kami:
Menara SME Bank,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Tel: +603 2603 7700