SMEBank innerpage NewsandMedia

KUALA LUMPUR : 7 November 2021– Usahawan PKS di Johor Bahru dan wilayah selatan diberi peluang mendapatkan pelbagai kemudahan pembiayaan dan program pembangunan usahawan yang disediakan oleh SME Bank semasa Program Jom XCESS bagi Wilayah Selatan. 

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Haji Omar berkata, “Sektor PKS mendapat peruntukan yang besar iaitu RM40 bilion di dalam bajet 2022. Daripada jumlah ini, RM900 juta disediakan melalui inisiatif pendanaan ekuiti dan quasi-equity dengan dana bernilai RM600 juta yang diterajui SME Bank dengan kerjasama TERAJU dan Bank Simpanan Nasional; sebanyak RM200 juta untuk IBS Promotion Fund dan RM100 juta di bawah program Pembiayaan Usahawan Muda (YEF2.0).”

“Langkah proaktif SME Bank untuk turun padang ke seluruh negara dan secara khususnya di Wilayah Selatan hari ini menyokong aspirasi Semarak Niaga Keluarga Malaysia serta membuka lebih banyak peluang baharu kepada usahawan PKS untuk mengukuhkan kembali perniagaan yang sedang diusahakan,” tambah Tan Sri Noh.

Ketua Pegawai Strategi Korporat Kumpulan SME Bank, Mohammad Hardee Ibrahim, berkata, “SME Bank beroperasi melalui dua buah cawangan di Pusat Wilayah Selatan yang terdiri dari Pusat Enterpris Johor Bahru dan Pusat Enterpris Batu Pahat. Secara keseluruhannya, Pusat Wilayah Selatan mempunyai 512 orang pelanggan dengan nilai pembiayaan sebanyak RM505.6 juta.”

Hardee menambah, “Bagi tahun 2021 dan setakat bulan September, Pusat Wilayah Selatan SME Bank telah meluluskan pembiayaan yang bernilai RM255.3 juta kepada lebih 115 orang pelanggan. Pencapaian ini telah melebihi sasaran kelulusan untuk 2021 iaitu RM200 juta (128%) yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan SME Bank.”

Melihat kepada potensi yang ada di bahagian selatan tanah air, SME Bank memastikan program Jom XCESS ini menjadi platform terbaik untuk membantu menyelesaikan masalah akses kepada pembiayaan dengan lebih efektif dan efisien. Program Jom XCESS tahun ini bersifat lebih menyeluruh di mana SME Bank juga menampilkan syarikat-syarikat besar atau anchor seperti Petro Teguh Sdn. Bhd., Prowheels Distributor Sdn. Bhd., Bateriku.com, Ayamas Shoppe Sdn. Bhd. dan Chatime Malaysia yang menawarkan peluang kepada usahawan PKS untuk menjadi francaisi atau peserta program perniagaan mereka.

Sejak penubuhannya, SME Bank telah meluluskan pembiayaan bernilai RM38 bilion kepada 20,543 orang PKS. Melalui Program Jom XCESS, SME Bank dapat mendekati para usahawan secara langsung bagi menawarkan kemudahan pembiayaan dan perkhidmatan yang disediakannya bersama rakan-rakan strategik lain yang turut menyertai siri jelajah ini.

Secara keseluruhannya, hampir 800 orang usahawan telah menyertai program Jom XCESS yang diadakan di tiga buah lokasi sebelum ini dengan SME Bank mencatatkan jumlah potensi untuk pembiayaan sebanyak RM139 juta.  Program Jom XCESS SME Bank seterusnya akan diadakan di Melaka dan Pulau Langkawi. Layari laman Facebook rasmi SME Bank untuk mengetahui maklumat terkini tentang jadual Program Jom XCESS tersebut.

Program Jom XCESS Wilayah Selatan SME Bank serta majlis penyampaian surat penghargaan kepada 10 orang pelanggan SME Bank yang terdiri daripada usahawan muda dan penyewa di Kompleks Premis Usahawan SME Bank ini telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Haji Omar.

                                                        

Applying for business financing is now easier with MySMEBank online application

APPLY NOW
custom_html
HUBUNGI KAMI
Hubungi Kami:
Menara SME Bank,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Tel: +603 2603 7700