SMEBank innerpage NewsandMedia

KUALA LUMPUR : 2 November 2021– Program pembangunan usahawan asnaf dan B40 SME Bank iaitu Program Penjana [email protected] Bank dan Program ISHRAF telah membuahkan hasil apabila secara keseluruhannya 240 orang peserta dari kedua-dua program ini mencatatkan hasil jualan sebanyak RM5.15 juta.  Kedua-dua program ini juga baru-baru ini telah menerima pengiktirafan peringkat antarabangsa daripada Association of Development Financing Institutions in Asia and the Pacific (ADFIAP) sewaktu mesyuarat tahunan ke-44 yang dianjurkan secara maya pada 28 Oktober 2021.

Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, “Pengiktirafan peringkat antarabangsa ini menjadi pendorong kami untuk terus berusaha menganjurkan program yang memberi nilai tambah untuk pembangunan sektor PKS negara terutamanya sewaktu fasa pemulihan ekonomi ini. Melalui program tanggungjawab korporat Program Penjana [email protected] Bank,  pihak Bank memberi fokus untuk membantu usahawan tidak formal dan mikro yang terdiri daripada golongan OKU, ibu tunggal dan B40 untuk beralih ke peringkat lebih tinggi dan maju. Manakala bagi Program ISHRAF, objektif utama ialah memajukan perniagaan golongan asnaf sedia ada dan meningkatkan taraf sosioekonomi daripada golongan penerima zakat ke pengeluar zakat.”

Aria menambah, “Keberhasilan Program Penjana [email protected] Bank ini dapat dilihat apabila 137 orang peserta mencatatkan peningkatan jumlah pendapatan terkumpul sebanyak RM4.03 juta (peningkatan 73.52%); 220 orang peserta telah memiliki domain perniagaan .biz.my melalui Program Penjana [email protected] Bank; 150 orang peserta berjaya melengkapkan laman sesawang perniagaan sepanjang program ini dilaksanakan dan 178 orang peserta pula telah beralih kepada sistem perakaunan digital.”

Dengan dana sebanyak RM3.0 juta daripada MEDAC, seramai 220 orang peserta Program Penjana [email protected] Bank telah mengikuti kelas bimbingan pemasaran digital, e-dagang serta penulisan bagi pemasaran dalam talian. Peserta diperlukan melengkapkan sekurang-kurangnya 90% daripada tugasan yang diberikan dan mesti mendaftarkan syarikat dengan SSM jika belum berbuat demikian. Peserta yang memenuhi semua syarat kemudiannya menerima geran bernilai RM10,000 setiap seorang, menyertai kelas bimbingan perniagaan dan perkembangan perniagaan serta perbelanjaan wang geran dipantau agar mencapai petunjuk prestasi utama yang ditetapkan di awal program. Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn. Bhd. (CEDAR), anak syarikat SME Bank telah dilantik sebagai jurulatih perniagaan untuk program ini.  

Bagi Program ISHRAF pula, 20 orang peniaga asnaf dan B40 di bawah naungan Lembaga Zakat Selangor telah terpilih untuk mengikuti program pembangunan usahawan berstruktur dan diberi modal kerja untuk meningkatkan prestasi perniagaan masing-masing. Persediaan awal ini secara tidak langsung membantu para peserta berhadapan dengan impak pandemik COVID-19 di mana usahawan Asnaf dan B40 merupakan antara golongan terawal yang terjejas teruk.

Aria berkata, “Impak Program ISHRAF sangat positif di mana para peserta bukan sahaja merekodkan jumlah jualan terkumpul sebanyak RM1.12 juta dalam tempoh sembilan (9) bulan tetapi pada masa yang sama turut meningkatkan kedudukan sosioekonomi mereka. Melihat kepada kejayaan program ini, SME Bank akan meneruskan lagi dengan Program ISHRAF 2.0 yang akan dilancarkan pada akhir tahun ini.”

Kedua-dua inisiatif SME Bank ini meraih dua (2) Anugerah Merit bagi Projek Pembangunan Terbaik bagi Program ISHRAF dan Projek Tanggungjawab Korporat Sosial Terbaik bagi Program Penjana [email protected] Bank. Untuk pelbagai maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan dan program pembangunan usahawan oleh SME Bank, sila layari laman web www.smebank.com.my dan Facebook rasmi SME Bank.

Applying for business financing is now easier with MySMEBank online application

APPLY NOW
custom_html
HUBUNGI KAMI
Hubungi Kami:
Menara SME Bank,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Tel: +603 2603 7700