SMEBank innerpage NewsandMedia

Kuala Lumpur: 21 Mac 2021– Usaha merancakkan kembali perniagaan usahawan PKS yang terjejas akibat pandemik COVID-19 berterusan apabila inisiatif SME Bank menawarkan bantuan pembiayaan bersasar melalui SME Relief Program (SRP) telah memanfaatkan seramai 3,084 orang pelanggan Bank tersebut dengan nilai pembiayaan berjumlah RM4.41 bilion pada tahun lepas.

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi semasa program lawatan ke Melaka berkata, “Daripada jumlah ini, seramai 61 orang usahawan dengan nilai pembiayaan berjumlah RM65.42 juta ialah usahawan dari negeri Melaka. Inisiatif yang dilaksanakan oleh SME Bank ini diyakini akan dapat membantu usahawan PKS untuk bangkit dengan segera dan meneruskan kelangsungan perniagaan mereka.”

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi menambah, “Melihat kepada keadaan semasa yang masih mencabar, SME Bank telah mengambil keputusan memperkenalkan SRP 2.0 di mana kemudahan bantuan pembiayaan bersasar ini akan dilanjutkan selama enam bulan bermula dari bulan April hingga September 2021.”

Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, “Selain daripada SRP, SME Bank juga terlibat secara langsung dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan oleh pihak Kerajaan. Melalui PRIHATIN, SME Bank telah meluluskan pembiayaan berjumlah lebih RM630 juta kepada 1,065 orang usahawan.”

“Manakala melalui PENJANA pula, SME Bank telah meluluskan pembiayaan berjumlah lebih RM6.0 juta kepada 32 orang usahawan dan yang terkini melalui Targeted Relief and Recovery Facility (TRRF) dan High Tech Facility-National Investment Aspirations (HTF-NIA), pembiayaan berjumlah lebih RM97 juta kepada 263 orang usahawan telah diluluskan,” tambah Aria.

Aria juga berkata, “Kami juga turut memberikan pengecualian dan diskaun bayaran sewa selama enam (6) bulan kepada 251 buah syarikat usahawan PKS yang melibatkan 373 lot di Kompleks Premis Usahawan SME Bank yang terletak di 26 buah lokasi seluruh Malaysia. Langkah ini telah memberikan penjimatan kepada kos operasi usahawan terlibat sebanyak RM6.1 juta.”

Di sepanjang tempoh PKP ini, Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn. Bhd. (CEDAR), iaitu anak syarikat SME Bank turut bergiat aktif dalam menganjurkan pelbagai latihan keusahawanan dan sesi perkongsian ilmu secara dalam talian melalui portal dan juga media sosial. Usaha ini diambil untuk usahawan PKS kekal fokus dan tidak berputus asa pada waktu sukar ini agar kelangsungan perniagaan dapat diteruskan.

CEDAR juga turut menawarkan sebuah platform e-dagang B2B iaitu ODELA yang membolehkan para usahawan melakukan transaksi, memudahkan urusan jual beli, memupuk inovasi dan perkongsian di seluruh ekosistem PKS dengan hanya beberapa klik. Sehingga 28 Februari 2021, ODELA telah merekodkan transaksi bernilai lebih RM4.6 juta dan sejumlah 539 orang peniaga telah berdaftar dengan 676 produk disenaraikan dalam sistem ini.  SME Bank menggalakkan semua usahawan PKS menyertai platform ODELA untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan pantas dan berkesan.

 

Applying for business financing is now easier with MySMEBank online application

APPLY NOW
custom_html
HUBUNGI KAMI
Hubungi Kami:
Menara SME Bank,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Tel: +603 2603 7700