SMEBank innerpage NewsandMedia

KUALA LUMPUR: 19 Mac 2021 – Program intervensi Upward Migration SME Bank yang bertujuan meningkatkan perniagaan pelanggannya telah membuahkan hasil apabila 10 buah syarikat dari negeri Johor diberi penghargaan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar semasa program melawat negeri Johor kerana merekodkan prestasi cemerlang.

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi berkata, “Kejayaan mereka diukur sama ada daripada segi peningkatan jualan dan pendapatan, jumlah pekerja, hasil eksport dan adaptasi penggunaan teknologi. Secara keseluruhannya, SME Bank telah berjaya membantu hampir 2000 orang usahawan PKS di seluruh negara melalui program Upward Migration ini.”

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi menambah, “Dari segi kewangan, 10 buah syarikat ini telah mendapat pembiayaan bernilai RM24.5 juta manakala untuk negeri Johor secara keseluruhannya, SME Bank mencatatkan kelulusan pembiayaan bernilai RM209 juta kepada 197 orang usahawan PKS melalui dua cawangannya pada tahun 2020.”

Tambah beliau lagi, “Sebagai sebuah kementerian yang diberi tanggungjawab untuk memajukan sektor PKS negara, MEDAC ingin melihat lebih ramai usahawan PKS termasuklah perusahaan mikro, koperasi, usahawan sosial, startup dan usahawan informal terus dibantu baik daripada segi pembiayaan, pembangunan keupayaan dan latihan agar proses pemulihan dan kelestarian operasi perniagaan dapat dijalankan dengan pantas dan sistematik.”

Ketua Pegawai Strategi Korporat Kumpulan SME Bank, Mohammad Hardee Ibrahim berkata, “Seiring dengan mandat yang diberikan oleh kerajaan, SME Bank berfungsi untuk memartabatkan ekonomi PKS negara melalui perkhidmatan melangkaui pembiayaan ataupun beyond financing. Visi SME Bank adalah untuk menjadi peneraju dalam penciptaan nilai ekosistem PKS bagi memacu agenda pembangunan usahawan PKS negara.”

Mohammad Hardee menambah, “Sebagai sebuah Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) yang telah lama membimbing dan membangunkan usahawan PKS, SME Bank sedar akan cabaran getir yang sedang dihadapi oleh mereka. Mesej yang kami ingin sampaikan kepada semua usahawan PKS di luar sana ialah SME Bank amat komited dan bersedia sepenuhnya untuk membantu usahawan-usahawan PKS bangkit dan merancakkan semula aktiviti ekonomi negara. “

Ini telah terbukti apabila sejak penubuhannya pada tahun 2005 dan sehingga sekarang, SME Bank telah meluluskan pembiayaan bernilai lebih RM34 bilion kepada lebih 19,000 orang pelanggan. Anak syarikatnya pula iaitu CEDAR (Centre For Entrepreneur Development and Research) telah melatih lebih 59,000 peserta di dalam pelbagai program pembangunan usahawan.

Applying for business financing is now easier with MySMEBank online application

APPLY NOW
custom_html
HUBUNGI KAMI
Hubungi Kami:
Menara SME Bank,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Tel: +603 2603 7700