SMEBank innerpage NewsandMedia

KUALA LUMPUR, 26 Julai 2021 – Seramai lebih 1,000 usahawan PKS yang perniagaan mereka terjejas akibat perintah kawalan pergerakan sejak penularan pandemik COVID-19 telah diberi peluang untuk memulihkan perniagaan dan meninjau potensi untuk meluaskan pasaran mereka melalui Program SME Bank XCESS 2021. Program yang julung kali diadakan secara maya ini adalah merupakan platform padanan perniagaan peringkat kebangsaan terbesar anjuran SME Bank. 

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar yang melancarkan Program SME Bank XCESS 2021 secara atas talian berkata, “Program SME Bank XCESS ini adalah ‘flagship program’ yang dianjurkan oleh SME Bank dalam memenuhi peranannya sebagai sebuah Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) yang bukan sahaja menyediakan pembiayaan tetapi juga melaksanakan pelbagai inisiatif yang melangkaui pembiayaan (beyond financing).”

“Saya melihat Program SME Bank XCESS ini sebagai satu inisiatif utama SME Bank dalam menyokong usaha kerajaan bagi mempercepatkan proses pemulihan dan pembangunan sektor PKS negara,” tambah Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi lagi.

Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, “SME Bank XCESS edisi 2021 ini berubah secara keseluruhannya daripada apa yang pernah kami anjurkan dahulu.  Konsep “Beyond Financing” kali ini diterjemahkan melalui empat teras utama iaitu padanan perniagaan (business matching), program pembangunan vendor, umbrella program dan ekuiti pembiayaan/ekuiti persendirian.”

Menurut Aria lagi, “Sebanyak 20 syarikat anchor turut terlibat dalam program ini sebagai rakan strategik kami. Untuk Padanan Perniagaan (Business Matching) mereka adalah pasar raya besar seperti AEON, Lulu Hypermarket dan Lesong Mart. Program Umbrella disertai oleh syarikat seperti Ramly Food Processing, KARA Holdings (Ayamas), Bateriku.com, Chatime, Prowheels dan Petro Teguh.  Program Pembangunan Vendor pula melibatkan syarikat-syarikat seperti Pharmaniaga, Tenaga Nasional, Sime Darby Property, Malaysia Airlines, Telekom Malaysia, Boustead Heavy Industries, Duopharma Biotech, Celcom Axiata, UMW Corporation dan UEM Edgenta.  Manakala syarikat Ekuiti Pembiayaan/Ekuiti Persendirian seperti MTDC, PERNAS, MAVCAP, Malaysia Debt Venture, Kumpulan Modal Perdana, Cradle Fund, Aeon Credit Services, COPE Private Equity dan Northern Corridor Implementation Authority pula menawarkan alternatif kepada pembiayaan seperti geran dan pelaburan.”

“Kami mensasarkan seramai 20 usahawan akan berjaya dipadankan dengan syarikat anchor melalui Program SME Bank XCESS 2021 iniKami percaya sekiranya sasaran ini dapat dicapai ianya akan memberi impak yang besar kepada eko-sistem perniagaan syarikat-syarikat tersebut,” tambah Aria lagi.                                                                                                                                                                     

SME Bank yakin objektif penganjuran SME Bank XCESS 2021 iaitu meluaskan pasaran, memberi akses pembiayaan dan menyampaikan maklumat terkini mengenai produk dan perkhidmatan untuk usahawan PKS akan dapat dicapai melihat kepada sambutan yang diberikan. 

Sementara itu, meskipun dalam keadaan pandemik Covid-19 yang sedang melanda, SME Bank tetap bergerak aktif dalam menganjurkan sesi networking bersama pelanggan dan usahawan PKS secara dalam talian. Sejak Januari 2021, sebanyak 75 sesi networking yang melibatkan lebih 1,300 orang usahawan PKS dan aktiviti ini akan diteruskan.

Applying for business financing is now easier with MySMEBank online application

APPLY NOW
custom_html
HUBUNGI KAMI
Hubungi Kami:
Menara SME Bank,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Tel: +603 2603 7700