SMEBank innerpage NewsandMedia

KUALA LUMPUR: 24 Julai 2021 – SME Bank, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), telah berjaya memuktamadkan proses penetapan harga (book building) bagi penerbitan sulung Program Sukuk Wakalah Kelestarian pertamanya pada 21 Julai 2021. Proses ‘book buiding’ tersebut telah mendapat sambutan positif apabila dibida lebih 3.56 kali ganda  atau RM1.78 bilion daripada jumlah terbitan sebenar berjumlah RM500 juta.

Aria Putera Ismail, Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank berkata, “Mengambil kira keadaan pasaran yang mencabar, pihak Bank berjaya menetapkan harga penerbitan pada kadar keuntungan yang sangat kompetitif iaitu sebanyak 3.10%. Menariknya, Sukuk Kelestarian ini telah mendapat permintaan yang luar biasa daripada pelabur domestik dan antarabangsa yang terdiri daripada institusi kewangan, syarikat pengurusan dana, syarikat insurans dan syarikat berkaitan kerajaan. Permintaan yang tinggi ini juga didorong oleh gerakan kesedaran di dalam dan di luar negara yang terus menyokong pembangunan yang seimbang dan lestari; yang menjadi fokus utama Sukuk Kelestarian SME Bank.”

Aria berkata, "Dengan terbitnya Sukuk Kelestarian ini, pihak Bank dapat menawarkan penyelesaian pembiayaan yang lebih inovatif untuk PKS dan terus memainkan peranan kitaran berbalas (countercyclical) untuk memastikan kejayaan PKS dalam menjadi tonggak pertumbuhan ekonomi negara; menyumbang kepada KDNK dan mewujudkan peluang pekerjaan, di samping dapat memberikan kesan positif kepada masyarakat dan alam sekitar.”

“Secara umumnya, sektor perbankan yang berkait rapat dengan semua aspek aktiviti ekonomi, boleh menjadi peneraju utama dalam meningkatkan kesedaran di kalangan PKS mengenai kepentingan mengamalkan prinsip-prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam operasi perniagaan mereka. Ini sangat penting memandangkan ESG telah menjadi kelaziman di persada antarabangsa dan PKS kita tidak sepatutnya ketinggalan sekiranya mereka ingin bersaing di peringkat global,” tambah Aria.

Fasa pertama dalam perjalanan ESG SME Bank adalah dengan memberi kesedaran kepada PKS melalui kemudahan pembiayaan untuk membiayai projek yang memenuhi keperluan ESG. Fasa kedua pula melibatkan siri perbincangan untuk mendidik pengusaha PKS agar tidak hanya menggunakan pembiayaan untuk memenuhi keperluan ESG, tetapi juga menerapkan elemen ESG dalam operasi perniagaan secara umum.

Program Sukuk Wakalah SME Bank ini terdiri daripada Nota Jangka Sederhana Islamik (IMTN) sehingga RM3.0 bilion (termasuk Sukuk Kelestarian) dan Kertas Komersial Islamik (ICP) sehingga RM1.0 bilion dengan had gabungan dalam nilai nominal sehingga RM3.0 bilion. Program Sukuk Wakalah Jaminan Bukan Kerajaan pertama untuk SME Bank ini telah mendapat penarafan AAA oleh MARC dan juga standard Emas untuk Rangka Kerja Sukuk Kelestarian, yang merupakan penarafan tertinggi.

Applying for business financing is now easier with MySMEBank online application

APPLY NOW
custom_html
HUBUNGI KAMI
Hubungi Kami:
Menara SME Bank,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Tel: +603 2603 7700