SMEBank innerpage NewsandMedia

KUALA LUMPUR: 28 Jun 2021 – Lanjutan daripada inisiatif PEMERKASA yang diumumkan  oleh YAB Perdana Menteri, SME Bank akan menyediakan dana sebanyak RM200 juta di bawah Pembiayaan Padanan Geran PEMERKASA bagi membantu usahawan daripada sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar) terutamanya dalam bidang pembuatan, perkhidmatan, pertanian dan pembinaan yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19 ini.

Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, “Sektor 3D adalah antara sektor yang memerlukan perhatian dan bantuan daripada institusi kewangan kerana operasi perniagaan mereka telah tergendala akibat daripada penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan sejak tahun lepas. Pembiayaan Padanan Geran PEMERKASA ini akan membolehkan usahawan mendapat pembiayaan sehingga RM1 juta untuk tempoh maksimum 10 tahun dengan kadar keuntungan antara 4% hingga 5% setahun.”

Aria menambah, “Untuk setiap pembiayaan yang diluluskan, Kementerian Kewangan Malaysia akan memberikan padanan geran sehingga maksimum 20% daripada nilai pembiayaan yang diberikan. Ini akan membolehkan usahawan PKS membuat pembelian mesin, peningkatan adaptasi teknologi dalam perniagaan dan membantu dalam mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.”

Pelanggan juga berpeluang mengikuti program bimbingan keusahawanan dan pembangunan kapasiti secara percuma di bawah Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn. Bhd. (CEDAR), anak syarikat SME Bank.  Kemudahan pembiayaan ini juga boleh mendapat jaminan sehingga 80% daripada Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).  

“Kami percaya, dengan adanya Pembiayaan Padanan Geran PEMERKASA SME Bank ini, transformasi perniagaan sektor 3D seperti yang dirancang oleh kerajaan akan dapat direalisasikan dengan lebih cepat sekali gus menarik lebih ramai rakyat tempatan untuk menyertai sektor 3D ini.” kata Aria.

Pelanggan SME Bank dan usahawan PKS yang berminat untuk mengetahui tentang Pembiayaan Padanan Geran PEMERKASA SME Bank boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank di 03-26037700 atau Pengurus Perhubungan mereka, atau layari laman web rasmi www.smebank.com.my dan media sosial rasmi SME Bank untuk maklumat lanjut.

Applying for business financing is now easier with MySMEBank online application

APPLY NOW
custom_html
HUBUNGI KAMI
Hubungi Kami:
Menara SME Bank,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Tel: +603 2603 7700