SMEBank innerpage NewsandMedia

KUALA LUMPUR, 14 Januari 2021 – SME Bank mengumumkan kemudahan moratorium automatik selama enam bulan kepada semua pelanggannya yang terkesan akibat bencana banjir yang sedang melanda negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, “Bantuan moratorium selama enam bulan ini bukan sahaja membolehkan usahawan mengatur semula aliran tunai mereka, tetapi turut memberi ruang untuk mereka memberi fokus terhadap membaik pulih kawasan pejabat, kilang dan premis agar dapat kembali beroperasi setelah bencana ini berakhir. SME Bank telah melaksanakan pelbagai program bantuan usahawan dan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada usahawan PKS yang terlibat dalam pandemik COVID-19 serta bencana alam.”

Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail menambah, “Selain menyediakan moratorium serta pelbagai bantuan pembiayaan, Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn. Bhd. (CEDAR) turut bersedia untuk menyalurkan khidmat nasihat tentang penstrukturan semula rancangan perniagaan serta lain-lain latihan pembangunan usahawan yang bersesuaian bagi membolehkan usahawan kembali beroperasi sejurus keadaan kembali pulih.”

Untuk maklumat lanjut tentang bantuan moratorium ini, usahawan yang terlibat dengan bencana banjir ini dikehendaki menghubungi Pengurus Perhubungan masing-masing dengan secepat mungkin. Bantuan moratorium ini tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Applying for business financing is now easier with MySMEBank online application

APPLY NOW
custom_html
HUBUNGI KAMI
Hubungi Kami:
Menara SME Bank,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Tel: +603 2603 7700