Siapakah yang layak untuk memohonnya?.
- Semua penyewa di Kompleks Premis Usahawan SME Bank di seluruh negara yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19.
Apakah bentuk bantuan yang diberikan?
- Penangguhan sementara bayaran sewa bulanan selama enam (6) bulan bermula pada 1 April 2020;
- Penjadualan semula bayaran sewa tertunggak bagi para penyewa yang mempunyai bayaran RM10,000.00 ke bawah berdasarkan kes-kes tertentu sahaja.
Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk mendapatkan penangguhan sementara ini?
- Surat permohonan rasmi daripada pelanggan berserta dokumen berkaitan untuk dibuat penilaian seperti pembatalan kontrak atau pesanan kerja, penyata kewangan dan lain-lain.
Bagaimanakah para penyewa di Kompleks Premis Usahawan SME Bank boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penangguhan sementara ini?
- Para penyewa boleh berhubung terus dengan pegawai-pegawai berikut:
- Encik Azrin Saharom – Tel: 03-2615 3920
- Encik Mohamad Zaidi Jusoh – Tel: 03-2615 2883
- Encik Yusli Abdul Rafat – Tel: 03-2615 3023
- Encik Mohd Fais Fisol – Tel: 03-2615 3853