SME Bank

KUALA LUMPUR: 22 Disember 2021 – SME Bank bekerjasama dengan Islamic Relief Malaysia (IRM) melalui sumbangan bernilai RM20,000 kepada tabung bantuannya untuk membolehkan mangsa yang terjejas teruk akibat banjir di kawasan Klang dibantu dengan secepat mungkin.

Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, “SME Bank bertindak segera dengan menyediakan dua pasukan iaitu melalui kerjasama dengan IRM dan pasukan dalaman SME Bank ke kawasan Hulu Langat membantu kakitangan Bank dan orang awam yang terkesan.”

Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia, Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata, “Sumbangan yang diberikan oleh SME Bank akan diagihkan kepada penduduk di Kg Perigi Nenas Pulau Indah, Bandar Bukit Raja Klang, Johan Setia, Kapar, Kg Jawa, Kg Delek, Sg Udang dan beberapa kawasan lain di Klang. Barang yang disediakan termasuk makanan asas basah dan kering, barang mandian untuk dewasa dan kanak-kanak serta tuala wanita.”

Selain itu, untuk membantu pelanggannya yang terjejas akibat bencana banjir ini, SME Bank meminta mereka berhubung dengan Pegawai Perhubungan masing-masing atau Pusat Khidmat Pelanggan SME Bank di talian 03-2603 7700 atau e-mel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk sebarang bantuan atau pertanyaan berkaitan akaun pembiayaan.