SME Bank

TRRF adalah sebuah program yang menyediakan bantuan dan sokongan pemulihan untuk PKS dalam sektor perkhidmatan yang terjejas berikutan pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan sejak bulan Jun 2020.

Tujuan
  • Modal Kerja

Kelayakan

PKS dalam sektor perkhidmatan yang terjejas berikutan pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan COVID-19 sejak bulan Jun 2020 (kecuali subsektor berkaitan dengan pelancongan) seperti:

  • Perkhidmatan peribadi (contoh: membaiki komputer/ barangan isi rumah, dobi, dandanan rambut, kecantikan)
  • Aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman
  • Aktiviti kesihatan manusia dan kerja sosial
  • Seni, hiburan dan rekreasi
  • Perdagangan borong dan runcit
  • Perkhidmatan perniagaan (cth. aktiviti profesional, saintifik dan teknikal; pentadbiran dan aktiviti perkhidmatan sokongan)

Nota: Penerima Kemudahan Bantuan Khas (Special Relief Facility, SRF), Pembiayaan PKS PENJANA (PENJANA SME Financing, PSF) dan Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PENJANA Tourism Financing, PTF) tidak layak untuk memohon TRRF ini.

Sektor-sektor di bawah tidak layak untuk memohon TRRF:

  • Pembelian saham
  • Pembiayaan semula pembiayaan / kemudahan yang sedia ada
  • Pembelian tanah / pelaburan aset tanah 
  • Pembanggunan harta tanah
  • Pelaburan oleh Syarikat Pemegang Pelaburan
  • Aktiviti di mana stok dagangan adalah wang (termasuk kredit,pajakan, pemfaktoran dan insurans ) kecuali operator penukaran matawang. 
  • Perjudian, alkohol, tembakau atau berkaitan
  • Aktiviti tidak patuh syariah
Had Pembiayaan
  • Sehingga RM500,000 bagi setiap PKS.
  • Nota: Had pembiayaan di atas akan dikenakan ke atas syarikat sekutu PKS tersebut yang mempunyai pemegangan saham bersama lebih daripada 20%.

Tempoh Pembiayaan
  • Sehingga 7 tahun, dengan moratorium ke atas ansuran bulanan sekurang-kurangnya selama 6 bulan.

Kadar Pembiayaan
  • Sehingga 3.5% setahun (termasuk yuran jaminan)

Cagaran
  • Tiada cagaran dikenakan.

Brosur & Lembaran Pendedahan Broduk
Soalan-Soalan Lazim

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan SME Bank di talian 03 2603 7700