SME Bank

Tabung Khas Pelancongan 3 (SFT3) ialah program pembiayaan untuk menyokong usaha kerajaan untuk mengembangkan industri pelancongan dikalangan PKS seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Kelayakan

  • Berdaftar di bawah Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001 atau Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2007).
  • Memenuhi definisi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
  • Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 2 tahun.
  • Sekurang-kurangnya 51% saham syarikat dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Projek termasuk inap desa atau kraftangan perlu berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia atau disokong oleh Jawatankuasa Pinjaman Tabung Pelancongan (JKPTP).
  • Lokasi projek di dalam Malaysia.

Konsep Pembiayaan

  • Pembiayaan Berjangka-i Komoditi Murabahah

Had Pembiayaan

Minimum: RM50,000
Maksimum: RM500,000

Tempoh Pembiayaan

  • Sehingga 5 tahun

Kadar Keuntungan

  • 6.0% setahun pada kadar tetap (selepas subsidi kadar keuntungan 2.0% setahun)

Ciri-Ciri Projek

Keutamaan akan diberikan kepada projek seperti berikut:

  • Projek pelancongan yang dipromosikan oleh Kerajaan.
  • Membina, menaiktaraf atau mengubahsuai bangunan pelancongan atau bersejarah.
  • Perkhidmatan pengangkutan berasaskan pelancongan
  • Resort & infrastruktur pelancongan.
  • Pembuatan atau pembekalan produk atau perkhidmatan yang berasaskan pelancongan.
  • Modal kerja untuk aktiviti pelancongan.
  • Projek-projek lain berasaskan pelancongan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

Maklumat Lembaran Produk

Applying for business financing is now easier with MySMEBank online application

APPLY NOW